Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2024 @ 6:47pm

Single Bersama Bintang Taruhan Baharu Kumpulan Venus

Kumpulan Venus yang dianggotai oleh bakat-bakat ternama dalam arena muzik Malaysia tampil dengan single terbaharu yang berjudul Bersama Bintang.

Dianggotai oleh Adi 6ixthsense selaku pemain gitar kedua, Ayoy 6ixthsense sebagai pemain bass, Lan Jinbara sebagai gitaris utama, Apiz sebagai pemain dram dan Puteri Khareeza sebagai penyanyi, lagu Bersama Bintang dicipta oleh Joe Slash.

Lagu istimewa ini merupakan hasil kolaborasi unik yang menggabungkan kekuatan kreatif Joe Slash dalam mencipta sepenuhnya lagu dan lirik. Lagu ini mengungkapkan rasa harap dan kesendirian dalam pencarian cinta yang hilang.

Bersama Bintang menggambarkan kerinduan mendalam seorang yang kehilangan cintanya. Dengan berlatar malam yang sunyi dan bintang-bintang di langit, ia berharap bintang-bintang boleh memberitahunya tentang keberadaan orang yang dicintainya.

Menurut Adi 6ixthsense selaku ketua kumpulan Venus, mereka sangat gembira dapat melancarkan single keempat.

“Kami bersyukur akhirnya dapat tampil dengan single terbaharu Venus. Penggambaran muzik video Bersama Bintang telah dilakukan di Jakarta, Indonesia.

“Muzik video Bersama Bintang ini telah dia arahkan oleh pengarah daripada Indonesia, George Timothy dan menampilakn pelakon Sarah Beatrix dan Ovan Rizki.

“Harapan kami, jalinan kerjasama Malaysia dan Indonesia ini dapat membantu melebarkan pengaruh lagu ini di dua negara,” katanya.

Dengarkan Bersama Bintang di semua pelantar muzik digital dan strim muzik video rasmi di laman YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022
Featured Thu, 4 Jun 2026

“Pandang Positif! Isu Ini Mungkin Boleh Bantu Ibu Bapa Lain Di Luar Sana” – Iman Troye Backup Ryzal Ibrahim

Iman Troye berkata, tindakan pasangan pempengaruh tersebut adalah atas tujuan sumber rujukan pihak perubatan  selian mahu menyebarkan kesedaran terhadap golongan ibu bapa di luar sana.

Trending Fri, 29 Mar 2019

Takziah! Mayat Pelajar Malaysia Ditemui Di Hyde Park Selamat Dikebumi

Takziah kepada ahli keluarga Muhammad Hafiz Zainal

Featured Fri, 23 Dec 2022

Korbankan Agama Demi Kejayaan Orang Lain, Nasihat Nabil Ahmad Sentuh Hati Peminat

Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial. @bebetterforfuture ALLAHU #hijrah #ria #nabilneelofa #dakwah #hambaallah ♬ a thousand years – favmusicvibes Video […]

Trending Sun, 27 Jun 2021
error: Content is protected !!