Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2026 @ 5:41pm

“Kalau Saya Terangkan Pun Mereka Akan Cakap Saya Pelakon Mampu Berlakon” – Azar Azmi Pertahan Diri, Malas Ambil Pusing Tuduhan Tak Jaga Anak Tiri

Susulan terpalit dengan pelbagai tuduhan jahat, termasuklah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga suami dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai anak-anak tirinya, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil membuka mulut dan mempertahankan dirinya.

Kata Azar atau nama sebenarnya Azar Amir Azmi, 37, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mendakwa dirinya menggalas tanggungjawab menjaga tujuh orang anak tirinya seperti yang tular di media sosial.

Tegasnya, kesemua anak tirinya itu berada di bawah jagaan ibu kandung mereka sendiri.

“Ya, semua anak tirinya ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua?

“Anak tiri semua dibawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri. Yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri.

“Ibu mereka masih ada, buat apa saya nak kena jaga?” katanya.

Azar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima yang diadakan di Balai Berita, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menjawab dakwaan menjadi orang ketiga dalam perkahwinan suaminya, Mohd Apri Hazreen dengan bekas isteri, Azar menjelaskan, perkenalan mereka bermula hanya selepas suaminya itu sah bercerai.

Malah, mereka tidak melalui fasa percintaan yang lama sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.

“Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta sebab dia terus berseloroh untuk mahu berkahwin dengan saya. Kemudian perkara itu menjadi serius.

“Dan kami bernikah pada 2021 dan sekarang ini mempunyai dua cahaya mata lelaki berumur tiga dan empat tahun,” ujarnya.

Tidak mahu terus membuang masa melayan spekulasi negatif, Azar menyerahkan segalanya kepada penilaian orang ramai memandangkan dia sudah menjelaskan perkara yang sebenar.

“Untuk orang yang kata bukan-bukan itu, terpulanglah pada mereka nak cakap apa.

“Kalau saya tegakkan, terangkan pun, mereka akan cakap yang saya ini pelakon. Mampu untuk berlakon.

“Hanya orang yang tahu sahaja akan percaya. Saya tidak perlu nak ambil serius terhadap pandangan mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, Azar dan Mohd Apri sah berkahwin pada 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang kini masing-masing berusia tiga dan empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

Tahniah Husna, you deserve it girl!

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

鬼才与歌王强强联手!黄明志新歌《流浪狗》邀萧敬腾跨刀献声

鬼才与歌王强强联手!黄明志新歌《流浪狗》邀萧敬腾跨刀献声,面对酸民黄明志反对动物安乐死2020「亚洲通话」计画即将启动。

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Bakal Dapat Anak Ketiga, HaHa Running Man Nak Berubah?

Lepas Ha Dream dan Ha Soul, agaknya apa nama anak ketiga HaHa ni ya?

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

TAHNIAH! Elfira Loy Kini Bergelar Mrs Faris

Selamat Pengantin Baru El & Faris… Tahniah!

Featured Fri, 16 Feb 2024
Featured Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Malaysian Chinese Media Slammed for Dispersing Song Song Couple Divorce Rumours

Don’t believe everything you read, even if they are a major news outlet.

error: Content is protected !!