Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 19, 2026 @ 10:05am

Sebak Dapat Lolos AJL40, Wani Kayrie Dedah Pernah Hampir Berputus Asa

Penyanyi Wani Kayrie, 26, mendedahkan pernah hampir berputus asa untuk menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut pemilik nama penuh Syazwani Abdullah ini, kegagalan beberapa lagu sebelum ini sedikit sebanyak meruntuhkan semangatnya.

Namun, peluang membuat persembahan pembukaan pada edisi lalu menjadi titik kebangkitan buat dirinya.

“Saya memang pernah rasa nak berputus asa, terutama masa awal dulu bila saya gantikan Kak Ernie Zakri. Lepas itu saya masuk dengan lagu sendiri, Kamu Kamu, tapi persaingan sangat sengit dan saya rasa macam tiada peluang.

“Tapi bila tahun lepas saya diberi peluang buat persembahan pembukaan, pengalaman berdiri sendiri di pentas itu bagi semangat untuk saya bangkit semula dan lebih fokus dengan karya yang saya hasilkan,” katanya.

Wani berkongsi perkara itu selepas tamat acara Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Mengulas kejayaan lagu Cak Cak Cekuk nyanyiannya ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh yang mara ke AJL40, Wani mengakui dia tidak dapat menahan emosi sehingga menitiskan air mata di atas pentas.

@xtra_my Tahniah Wani Kayrie kerana layak ke Anugerah Juara Lagu 40! #SFAJL40 #GenerasiSelamanyaJuara ♬ original sound – XTRA

“Saya menangis sebab perasaan itu datang dengan kuat. Saya baca apa orang cakap, ramai kata lagu ini ada potensi ke final, tapi saya tak mahu terlalu selesa. Saya sentiasa ingatkan diri bahawa apa sahaja boleh berlaku di saat akhir.

“Sebab itu selagi belum habis menyanyi, saya tetap anggap saya masih bertanding dan masih rasa gementar. Bila juri umumkan keputusan, saya rasa sangat bersyukur lagu ini akhirnya layak. Saya juga rasa kerdil bila berdiri bersama nama-nama besar lain,” katanya.

Bagi Wani, kejayaan ini menjadi momen paling bermakna selepas lebih 16 tahun melibatkan diri dalam industri.

“Memang sangat berbaloi. Bila fikirkan perjalanan dan usaha semua pihak yang bantu naikkan lagu ini, termasuk yang viralkan, saya rasa sangat terharu.

“Lagu ini pergi dengan cara tersendiri yang saya tak jangka. Ia jadi viral dengan sangat cepat dan semua itu buat saya lebih bersyukur dengan perancangan Allah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Senarai Lengkap 10 Finalis Anugerah Juara Lagu 40

Cak Cak Cekuk bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 yang dijadualkan berlangsung Ogos depan bersama sembilan lagi lagu lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Jul 2018

TERKINI; Polis Temui Mayat Wanita Dikerat Di Sungai Gombak

Belum dapat dipastikan sama ada anggota badan yang ditemui dalam kedua-dua bagasi berkenaan adalah daripada individu yang sama.

Featured Wed, 14 May 2025
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya

Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Izara Aishah Lebih Tegas Lepas Bertudung, Pilih Naskhah Kisah Keluarga Daripada Cinta 

Izara Aishah tolak drama tentang cinta, bayaran lebih setimpal

Events Mon, 25 Nov 2019

‘Lagu Berhantu’ Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik #SFMM34!

Tahniah Naim! Siapa sini pun goosebump, angkat tangan!

Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Trending Tue, 27 Nov 2018

18张「只看一眼就知道是做什么的」超高成本创意名片

名片是用来标示个人姓名或所属组织、公司单位及联系方式的小纸片,用于商务场合往来之中,名片若是可以吸引人的目光,便更能达到让人印象深刻的目的。

error: Content is protected !!