Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 22, 2026 @ 7:31pm

BYON Combat Showbiz 7 Tembusi Malaysia, Kuala Lumpur Jadi Pentas Debut Antarabangsa

Acara sukan tempur popular, BYON Combat Showbiz 7 kini rasmi menjejakkan kaki ke Malaysia, sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama bagi kemunculan sulungnya di peringkat antarabangsa.

Penganjuran ini direalisasikan menerusi kerjasama strategik bersama Kharisma Music International, selepas kejayaannya mencipta fenomena di Indonesia.

Kehadiran BYON ke ibu negara bukan sekadar membawa acara sukan tempur biasa, sebaliknya memperkenalkan pengalaman baharu yang menggabungkan elemen aksi gelanggang dengan hiburan moden dalam satu platform yang lebih menyeluruh.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur dengan sasaran kehadiran lebih 3,000 penonton, sekali gus mencerminkan perkembangan positif komuniti peminat sukan tempur tempatan.

Sebagai platform sukan tempur 360 darjah, BYON menampilkan pelbagai disiplin termasuk tinju dan kickstriking, selain disokong dengan produksi visual bertaraf antarabangsa yang meningkatkan pengalaman penonton.

Kejayaan edisi terdahulu yang mencatat lebih 536,000 pembelian Pay-Per-View serta ratusan juta tontonan digital turut mengukuhkan kedudukan BYON sebagai antara platform paling berpengaruh di rantau ini.

Menurut penganjur, momentum tersebut menjadi faktor utama BYON dibawa ke Malaysia bagi memberi peluang kepada peminat tempatan merasai evolusi baharu dalam dunia sukan tempur.

“Kehadiran BYON ke Kuala Lumpur bukan sekadar satu acara, tetapi usaha untuk memperkenalkan pengalaman sukan tempur yang lebih menyeluruh dengan gabungan elemen hiburan dan produksi bertaraf antarabangsa,” katanya.

Antara tarikan utama edisi kali ini ialah pertembungan petarung elit dari Malaysia dan Indonesia yang bakal berkongsi pentas, menjanjikan aksi sengit yang dinanti-nantikan peminat di kedua-dua negara.

Selari dengan konsep “showbiz”, acara ini turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan seperti sidang media rasmi, sesi bersemuka antara petarung, timbang berat serta kempen promosi menjelang hari pertarungan.

Penganjuran BYON Combat Showbiz 7 juga diperkukuh melalui kerjasama antara Media Prima dan Vidio bagi memperluaskan capaian kepada penonton serantau.

Dengan penstriman eksklusif di Vidio pada harga RM17 di Malaysia, peminat kini berpeluang menyaksikan sendiri kehangatan aksi BYON Combat Showbiz 7 secara langsung dari skrin masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Sep 2019
Contest Fri, 3 May 2019

xtra好康头 | 送你舞台剧《鬼同你结婚》入门票

有没有想过,为什么这世界上的女鬼会比男鬼多? xtra好康头将送你舞台剧《鬼同你结婚》入门票,让你一探究竟!

Hiburan Sun, 14 Sep 2025

AIM 24: Sebak Bawa Pulang 4 Trofi… Air Mata, Jerih Perih Aina Abdul Terbayar

Aina Abdul ungguli AIM 24, bawa pulang 4 trofi utama

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Events Thu, 28 Feb 2019
Trending Mon, 14 Jan 2019

Ketiadaan Meghan pada ulang tahun kelahiran Kate, jadi tanda tanya!

Kate dikatakan tergugat dengan kehadiran Meghan

error: Content is protected !!