Euforia Bola 2026
Filem By: Padin April 23, 2026 @ 7:20am

Teaser Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang 24 Jam, Filem ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk

Filem seram tempatan Polong mula mencuri perhatian walaupun belum ditayangkan di pawagam apabila teaser rasminya berjaya meraih lebih 3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan.

Pencapaian itu bukan sahaja mengagumkan, malah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mengakui berasa kurang selesa selepas menonton klip tersebut.

Di media sosial, ramai berkongsi pengalaman masing-masing dengan ada yang menyifatkan visual yang dipaparkan terlalu realistik sehingga memberi kesan emosi, selain ada yang mengaku tidak sanggup menonton hingga habis.

Fenomena ini secara tidak langsung meningkatkan lagi aura misteri Polong, apabila teaser yang ditampilkan tanpa banyak pendedahan berjaya meninggalkan impak psikologi yang kuat terhadap penonton.

Filem ini mengangkat kisah Maria Hadi, seorang wanita yang pernah terlibat dengan amalan ilmu hitam sebelum cuba mencari keampunan di penghujung hidupnya. Namun, masa silam yang gelap terus menghantui dan memberi kesan kepada generasi seterusnya.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures, Polong dibintangi pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong dan Nadiya Nisaa.

Filem ini turut mendapat sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios.

Mengangkat tema legasi, penyesalan dan akibat amalan terlarang, Polong tampil bukan sekadar sebagai filem seram biasa, sebaliknya sebuah naskhah yang sarat dengan konflik emosi dan penceritaan mendalam.

Persoalan kini timbul dalam kalangan penonton, sejauh mana pengalaman sebenar menonton filem ini di pawagam jika teaser sahaja sudah cukup mengganggu emosi.

Jawapannya bakal diketahui apabila Polong mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

[VIDEO] Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin

Amira Othman tahu password telefon Fattah Amin

Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Trending Mon, 25 Jan 2021
Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Mon, 1 Sep 2025

Kota Ini Tak Sama Tanpamu Kolaborasi Istimewa Malaysia, Indonesia & Brunei

Nadhif Basalamah dari Indonesia, Aisha Retno dari Malaysia dan Aziz Harun dari Brunei, bergabung menghasilkan single terbaru berjudul “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila goyah?

Moga khabar angin ini tidak betul dan rumahtangga pasangan selebriti ini baik baik sahaja ya

error: Content is protected !!