Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 23, 2026 @ 7:31am

Cromok & Barbarik Bergabung Dalam Konsert ‘Black On White’, Janji Pengalaman Luar Biasa

Dua nama besar dalam arena muzik rock dan metal tempatan, Cromok dan Barbarik bakal berkongsi pentas menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini di IdeaLive, 3 Damansara, Petaling Jaya.

Konsert anjuran KARL Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik ini dijangka menjadi antara acara paling dinanti peminat apabila menghimpunkan dua kumpulan berpengaruh yang masing-masing memiliki identiti dan legasi tersendiri dalam industri muzik tempatan.

Gabungan ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi platform mempertemukan dua generasi muzik yang berbeza tetapi berkongsi semangat yang sama dalam memperjuangkan genre rock dan metal.

Lebih menarik, peminat bakal disajikan dengan kolaborasi istimewa antara kedua-dua kumpulan, selain peluang menyaksikan persembahan single terbaharu daripada Cromok dan Barbarik secara langsung buat pertama kali.

Gitaris Barbarik, Jo menyifatkan konsert ini sebagai satu detik penting buat mereka dan juga peminat.

“Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi pertemuan dua legasi yang sudah lama mencipta nama dalam bidang masing-masing. Bila digabungkan, hasilnya pasti berbeza dan lebih menarik,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka mahu memberikan pengalaman yang sukar dilupakan kepada penonton.

“Kami mahu peminat menikmati sesuatu yang luar biasa dan melihat sisi lain daripada kami, termasuk kolaborasi yang mungkin tidak pernah dijangka sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, anggota Cromok, Karl menyifatkan konsert ini sebagai satu langkah baharu dalam evolusi persembahan muzik tempatan, khususnya dari segi penggunaan teknologi.

“Kami tampil dengan konsep digital sepenuhnya melalui pendekatan No Noise Digital Stage. Ini bermakna tiada penggunaan dram akustik atau amplifier gitar di atas pentas, sebaliknya hanya menggunakan mikrofon, peranti digital dan sistem in-ear monitor,” katanya.

Menurutnya, pendekatan tersebut bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kawalan audio, malah menghasilkan bunyi yang lebih bersih dan berkualiti tinggi.

“Dengan teknologi ini, kami dapat memastikan setiap elemen bunyi lebih jelas dan memberikan pengalaman mendengar yang lebih baik kepada penonton,” katanya.

Selain itu, konsert ini juga dilihat sebagai platform untuk mengetengahkan inovasi serta menyokong penggunaan teknologi tempatan dalam industri muzik.

Tiket konsert ditawarkan pada beberapa kategori dengan harga bermula RM175 bagi CAT 1, diikuti RM195 (CAT 2), RM250 (CAT 3), RM350 (CAT 4), RM480 (CAT 5) dan RM998 untuk pakej VIP.

Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi platform MyArteez bagi kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 6, manakala Fantopia menawarkan tiket bagi kategori CAT 3 hingga CAT 5.

Konsert ini turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, sekali gus memperkukuhkan lagi penganjuran acara berskala besar dalam industri muzik tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2024

[VIDEO] “Mencintai Tak Semestinya Memiliki” – Putus Cinta, Amelia Christie Menangis

Cantik, baik, lemah lembut.. Untung siapa dapat Amelia 🥰

Featured Tue, 14 May 2024

“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Betul setiap orang ada cara masing-masing. Siapa yang tuduh tu bial nampak Daiyan derma macam ni mesti ‘makan dalam’ kan? Fikri positif saja🤧

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Trending Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Anak Nora Meninggal Dunia

Alif Johan sebelum ini pernah tersenarai antara 20 protege program realiti Mentor Milenia 2019 di TV3.

Hiburan Sun, 6 Oct 2019
Featured Wed, 9 Nov 2022

Tegar Sedih Dihalau Keluar Dari Rumah Sewa, Akui Sering Ditipu

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang…

Featured Mon, 31 Oct 2022
error: Content is protected !!