Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2026 @ 1:50pm

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Penyanyi yang juga finalis Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) ke World Music Contest (WMC) 2026 di Kerkrade, Belanda pada Julai depan.

Kata Amir, pasukannya ke sana atas dua komitmen besar iaitu diundang untuk melakukan konsert dan terlibat dalam pertandingan orkestra.

“Saya dan pasukan diundang untuk buat konsert, asalnya itu yang nombor dua. Yang pertama adalah untuk pergi ke Netherlands bersama SP Winds bagi pertandingan orkestra.

“Tahun sebelum ini mereka pernah menjuarai pertandingan itu. Tapi kali ini mereka nak panggil penyanyi juga jadi mereka pilih saya dan pasukan untuk sertai,” katanya.

Amir berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sesi sidang media finalis yang layak ke AJL40 baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai konsert di sana, Amir memaklumkan, pasukannya merancang untuk mengadakan satu konsert, ‘Winds Of Glory’ bertujuan untuk mengumpul dana.

“Untuk ke sana, kami rancang buat satu konsert iaitu Winds Of Glory untuk cari dana. Dan, mungkin itu antara cara kami boleh berlatih sebelum ke Netherlands,” jelasnya.

Tambahnya,  jadual latihan juga diatur secara fleksibel memandangkan peljaar terlibat kini sedang memberikan fokus terhadap peperiksaan mereka.

“Dari segi persediaan, mereka sekarang sedang menduduki peperiksaan.

“Saya tak nak kacau mereka punya pembelajaran, jadi kami akan berlatih pada hujung minggu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Disoal mengenai pemilihannya dalam WMC2026, pelantun lagu Nurcinta itu berkata, pihak SPWinds mencari penyanyi versatile dan boleh menyanyi pelbagai bahasa.

“Kenapa pilih saya? Itu kena tanya mereka. Tapi apa yang saya tahu, mereka cakap nak penyanyi versatil dan boleh menyanyi pelbagai bahasa.

“Mungkin ada lagu Inggeris yang nak dibawakan atau bahasa lain sebab saya pernah bawa lagu Itali dan Jepun.

“Ada beberapa bahasa yang saya berpengalaman menyanyi, yang mana tak mudah pun. Jadi saya sangat berharap saya dapat menyampaikan dengan SPWinds,” ujarnya.

Untuk info, SPWinds pernah memenangi Anugerah Emas di World Orchestra Festival ke-11 di Vienna, Austria pada tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Thu, 26 May 2022
Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Hiburan Thu, 16 Apr 2020
Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

Trending Sat, 27 Mar 2021

Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Untuk Siapa? Ha, Ini Yang Patut Anda Tahu…

Untuk memelihara generasi masa hadapan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu diberikan keutamaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak […]

Trending Mon, 9 Apr 2018

Man Attempts Suicide After Failing to Become Idol

It is reported that the trainee got triggered by the recent suicide of a famous idol.

Featured Sat, 23 Aug 2025
Trending Fri, 22 Jan 2021
error: Content is protected !!