Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 5, 2026 @ 8:30am

“Mohon Maaf Dunia Akhirat Tak Dapat Jumpa Abang”- Noorkhiriah Sifatkan Arwah Jalil Hamid Insan Yang Terlalu Baik

Pemergian pelakon veteran, Allahyarham Jalil Hamid ternyata meninggalkan kesan mendalam terhadap ramai rakan industri termasuklah pelakon, Noorkhiriah yang menyifatkan arwah sebagai seorang insan yang terlalu baik.

Menerusi perkongsian di media sosial, Noorkhiriah atau lebih mesra disapa Nor, meluahkan rasa sedih atas kehilangan figura yang dianggap seperti keluarganya sendiri.

“Abang terlalu baik bagi Nor… Mata Nor jadi saksi kebaikan abang dan kakak. Mata ni juga jadi saksi betapa komitmennya abang dengan kerja. Sakit macam mana tetap jalankan amanah.

“Masa abang dah sampai. Hilang sudah Pak Kulop dan ayahanda Nor.

“Nor doakan semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa dan tempatkan abang dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Nor sedikit ralat apabila tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan arwah akibat komitmen kerja.

“Mohon maaf dunia akhirat, Nor tak dapat jumpa abang buat kali terakhir. Nor jauh cari rezeki. Terkilan jangan cakap.. Tapi itulah ketentuan yang Allah SWT sudah tetapkan,” luahnya.

Dalam hantaran berlainan pula, pelakon drama Ayahanda itu turut berkongsi sepotong video pendek hitam putih memperlihatkan dirinya dan arwah ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran.

Malah, Nor juga sempat menitipkan doa buat keluarga agar dikurniakan kekuatan di atas berpulangnya insan tercinta.

“Tak ada dah gelak tawa, interframe. Semuantinggal kenangan.

“Semoga akak dan anak-anak diberi kekuatan dan kesabaran di atas kehilangan sosok suami dan ayah yang sangat baik.

“Selamat jalan Ayahanda, anakanda menyusul. Abang Jalil Hamid dalam kenangan,” kongsinya.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi XTRA.

Menurut Afiqah, arwah bapanya berada di rumah ketika menghembuskan nafas terakhir.

Sebelum ini, arwah juga difahamkan mempunyai sejarah masalah jantung.

Artikel Berkaitan: Jalil Hamid Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Hasrat Tak Kesampaian, Ummi Nazeera Terkilan Tak Sempat Mengarah Jalil Hamid Dalam Telemovie – “Arwah Nama Pertama Terlintas Di Fikiran”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Sun, 5 Dec 2021

“Langgar Traffic Light Selamat… Bila Ikut, Accident Pula”- Netizen Kesian Dengan Nasib Myvi Dilanggar Motosikal Walaupun Ikut Peraturan Lampu Isyarat

Satu video tular yang memaparkan sebuah rakaman ‘dashcam’ menunjukkan sebuah motosikal telah melanggar sebuah kereta Myvi hitam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum, Pulau Pinang. Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial Sukan […]

Featured Sun, 4 Aug 2019

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Tak perlu lakukan pembedahan

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Netizen Naik Angin Dengan Vivy Yusuf?

Wanita cantik ini sekali lagi menjadi bualan netizen apabila memuat naik sedutan filem Crazy Rich Asian menerusi Insta Stories.

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

#Mentor7 : Persaingan Sengit Antara Protege Datuk Syafinaz Dan Aizat Amdan, Siapa Agaknya Pilihan Korang?

Nampak gayanya #Mentor7 kali ni, protege-protege semua memang gempak kan?

Hiburan Wed, 17 May 2023
Events Fri, 7 Dec 2018
Featured Wed, 19 Oct 2022

[VIDEO] Pakai Rotan Tak Jalan, Zarina Anjoulie Hentak Drum Sambil Ajar Anak Membaca Raih Perhatian!

Wowwww! Kreatifnya Anju, ibu ibu boleh guna cara ni jugaaa. Min terhiburrr 🤣🤣🤣

error: Content is protected !!