Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2026 @ 11:00am

Individu Mengandung Anak Luar Nikah Tak Mampu Jaga Anak, Mona Allen Tampil Respons – “Saya Terima…”

Pelakon Mona Allen tampil memberikan respons menyentuh hati ramai apabila menawarkan diri untuk menerima seorang bayi yang bakal dilahirkan seorang individu yang mengaku sedang hamil anak luar nikah.

Menerusi hantran di Threads, individu berkenaan mengaku, dirinya kini sedang sarat mengandung lapan bulan namun, belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu.

“Hi, saya sedang mengandung anak luar nikah atas kesalahan saya sendiri. Sekarang kandungan dah masuk lapan bulan. Saya masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu dan saya tahu saya tak mampu nak jaga anak ni.

“Boleh tanya macam mana nak serahkan pada rumah kebajikan atau nak cari sesiapa yang sudi untuk terima anak ni sebagai anak angkat?,”soal individu berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian itu kemudian meraih perhatian ramai termasuk Mona yang dilihat meninggalkan komen balas pada hantaran tersebut.

“Saya terima, Boleh DM saya,” balasnya.

Tindakan spontan isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim sekali gus mengundang pelbagai respons dalam kalangan warganet yang memuji sikap penyayang dan keprihatinan Mona.

Malah, ramai turut tersentuh dengan kesediaan Mona untuk membuka ruang kepada bayi berkenaan mendapat kehidupan yang lebih baik.

Setakat ini, Mona bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Beliau Hebat Di Padang Bola Tapi Lebih Hebat Apabila Pelihara Solat – Mufti

Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

Trending Sat, 26 May 2018

Did You Know That These 6 Malaysian Brands are Famous Overseas?

We should appreciate our local brands more.

Events Fri, 23 Aug 2024
Hiburan Fri, 13 Sep 2024
Featured Fri, 17 Apr 2020
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Dia Tak Ada Dosa Mata, Saya Dah Nampak Allah Bagi Dia Jalan Ke Syurga”-  Kehilangan Anak Azmi Caliph Busker Sentuh Hati Ustaz Don & Rosyam Nor

Setiap ujian dan dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia adalah berbeza berbeza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kematian dan sebagainya. Namun, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Baru baru ini, anak kepada penyanyi, Azmi Caliph […]

error: Content is protected !!