Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 23, 2024 @ 12:42pm

[VIDEO] Momen Tengku Afzan Peluk Tengku Azizah Meruntun Hati Ramai, Netizen Komen: “Mak Adalah Satu-Satunya Orang Yang Ikhlas Sayang Anak Dia”

Umum mengetahui, istiadat Akad Nikah Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama dengan suaminya, FD Idzham FD Iskandar di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz berjalan dengan penuh gemilang pada Khamis.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah momen di mana Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kelihatan sebak ketika istiadat merenjis anakandanya.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, rata-rata warganet berasa sebak melihat momen tersebut sehinggakan ada di antaranya seakan dapat merasai apa yang dilalui Tunku Azizah.

Manakan tidak, berusaha memiliki zuriat sehingga mengambil masa selama sembilan tahun, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah satu-satunya permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Dalam pada itu,  Tunku Azizah juga kelihatan tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali mencium pipi, dahi serta memeluk erat Tengku Puteri Afzan.

Sekadar info, Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah sekitar jam 9 malam pada, Khamis.

Pasangan diraja itu selamat dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim selepas mendapat perkenan Sultan Pahang.

Istiadat bersejarah itu disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Tasik Kotasas.

Majlis turut dihadiri 110 jemputan khas dan istimewa kerabat bergelar, ahli keluarga dan teman rapat.

Istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada  22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Saya Takut Sebab Ini Tanggungjawab”- Fauziah Latiff Anggap Konsert Skala Besar Pertama Sebagai Penghargaan Seni

Keputusan menerima pelawaan kali ini dibuat selepas melihat kesungguhan pasukan produksi yang disifatkannya sangat berdisiplin

Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Trending Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Sun, 29 Apr 2018

Jangan Buat Andaian Sendiri, Beri Kakak Ruang…

Sebagai anggota keluarga, saya beri sokongan penuh dalam apa saja keputusan kakak saya. Keluarga tahu apa yang sebenarnya terjadi,” kata penyanyi berusia 47 tahun itu.

Selebriti Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Thu, 20 Sep 2018
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

error: Content is protected !!