Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 10, 2026 @ 5:47pm

Momen Seth Uwais Pegang Kad ‘I Love You Mama’ Buat Shila Amzah Sebak Atas Pentas Konsert

Konsert Resonance: Shila Amzah in Harmony 25 Years of Music and Memories yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas malam tadi bukan sekadar dipenuhi persembahan bertenaga daripada penyanyi Shila Amzah, malah turut menyentuh emosi penonton menerusi momen penuh kasih sayang bersama anak-anaknya.

Suasana dewan mula bertukar syahdu apabila anak sulungnya, Seth Uwais berdiri sambil memegang papan tanda bertulis ‘I Love You Mama’ sebagai tanda sokongan buat ibunya yang sedang membuat persembahan di atas pentas.

Momen tersebut membuatkan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah sebak sebelum meluahkan rasa syukur kerana memiliki anak-anak yang memahami kerjayanya sebagai anak seni.

“Terima kasih sebab sentiasa memahami dan tidak pernah menghalang ibu untuk terus mengejar impian. Saya sangat sayangkan Seth Uwais dan Rhea Akira,” katanya sambil menerima sorakan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Gabung Lagu Melayu & Mandarin, Rai 25 Tahun Dalam Industri Di Pentas Impian DFP 9 Mei Ini

Detik emosional itu tercetus ketika Shila menyampaikan lagu iklan ‘Ibu-Ibu’ yang pernah cukup popular suatu ketika dahulu.

Menurut penyanyi berusia 36 tahun itu, lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana menjadi antara sebab ibunya mula menyedari bakat nyanyiannya sejak kecil.

“Ibu saya selalu nampak saya suka menyanyi lagu-lagu iklan di televisyen. Waktu itu belum ada media sosial, jadi setiap kali tengok TV, dari situlah ibu sedar saya memang minat menyanyi,” katanya.

Tambah Shila, situasi sama kini turut dilihat pada anak-anaknya yang gemar menyanyikan lagu-lagu iklan di rumah.

Konsert tersebut turut diangkat sebagai simbolik sambutan Hari Ibu apabila pihak penganjur bersama jenama Fernleaf menghadiahkan bunga carnation kepada semua ibu yang hadir pada malam berkenaan.

Inisiatif itu dilakukan sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan golongan ibu selain menambahkan lagi nilai sentimental konsert yang meraikan perjalanan 25 tahun karier seni Shila Amzah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Featured Mon, 17 Oct 2022

“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Alamakkk, sabar semua 😂 Ramai betul gegirls kecewa Eyka jumpa family Akhyar ek 🤭

Featured Mon, 19 Sep 2022

“Pakai Rompers Ke Tu?” – Fesyen Nora Danish Dikritik, Netizen Dakwa Sengaja Nak Bukti Badan Kurus?

Nampak macam rompers tapi tolak tepi, yang penting style kot 😂😜

Events Thu, 15 Jan 2026

Sampai Kena Cubit! Watak Annisa Kaila Dalam Filem ‘Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel’ Buat Penonton Menyampah

Pelakon Indonesia, Annisa Kaila mengakui watak antagonis Astrid yang dibawakannya dalam filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel mencetuskan reaksi luar biasa hingga ada penonton yang terbawa-bawa emosi di luar pawagam. Annisa berkata, sambutan itu membuatkan […]

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Novel ‘Pulang’ Kongsi Kisah Sebenar Ahmad Izham Omar

Mengisahkan tentang seorang kelas bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Tom dan anak lelaki tunggalnya, Omar.

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

“Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

Rezeki tak pernah salah alamat! Berkat doa ibu, Mimi Peri akhirnya sampai ke Malaysia ❤️

Hiburan Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
error: Content is protected !!