Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin May 13, 2026 @ 1:35pm

Pengarah Puji Lakonan Mierul Aiman, Liyana Jasmay Luah Hasrat Berlakon Bersama – “Dia Special Sangat!”

“Dia sendiri memang sangat jaga kualiti lakonan dia,” demikian respons pengarah Razaisyam Rashid terhadap pelakon, Mierul Aiman.

Menurut Razaisyam, Mierul bukan sahaja pelakon yang berdedikasi ketika berada di set penggambaran, malah sangat menjaga kualiti lakonannya.

Kongsinya, ketika penggambaran filem terbaharunya berjudul Tarung:Unforgiven, Mierul meletakkan segala tenaga dan usahanya untuk memberikan yang terbaik menerusi watak Hatta dalam cerita berkenaan.

Malah, sanggup mengulang semula setiap adegan yang dirasakannya kurang memberi kepuasan.

“Ramai orang puji lakonan Mierul Aiman, tapi sebenarnya dekat set dia sendiri emmang sangat jaga kualiti lakonan dia.

“Kalau dia tak rasa apa yang Hatta rasa dalam scene tu, dia sendiri yang cut dan repeat balik.

“Memang Mierul bagi all out untuk watak Hatta ni. Sebab tu kau orang kena layan sendiri apa yang dia hadiahkan untuk sinema kita,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Sedar dengan pujian yang diberikan Razaisyam, penyanyi, pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay tampil meluahkan hasratnya untuk berlakon bersama Mierul.

Kata Liyana, dia menyukai Mierul kerana bakat yang ada pada diri anak muda itu selain menyifatkannya sebagai seorang yang istimewa.

“I love Mierul! Berharap sangat dapat bekerja bersama dengan dia.  Dia special sangat,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]

Drama Tue, 16 May 2023
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Featured Sat, 28 Apr 2018
Events Tue, 25 Feb 2025
Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

error: Content is protected !!