Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2026 @ 10:00am

“Daripada Saya Bergaduh Di Set Lebih Baik Saya Gerak Dulu” – Siti Elizad Utamakan Disiplin

Pelakon Siti Elizad Shariffuddin menegaskan, dirinya sangat menitikberatkan disiplin terutamanya isu menepati masa ketika terlibat dalam sebarang penggambaran.

Kata Elizad, dia akan beredar seketika dari set sekiranya rakan lakonnya lambat hadir ke lokasi penggambaran dek kerana tidak mahu emosinya terganggu.

“Saya masih boleh beri masa dan menghormati pengarah serta kru kerana mereka sudah membuat persediaan.

“Tapi kalau lama sangat tunggu, saya juga harus beredar daripada mood saya swing.

“Kalau sebentar lagi ada babak menangis, saya takut emosi itu tidak sampai. Jadi saya perlu bertenang kerana kita manusia biasa, bukannya sengaja mahu berlagak seperti bintang.

“Daripada saya bergaduh di set, lebih baik saya tarik ‘brek tangan’ dan minta diri dulu supaya mereka boleh tukar kepada babak lain,” katanya.

Elizad berkongsi perkara demikian ketika ditemui usai tayangan episod akhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Elizad, 42, mengakui,  dia sentiasa bersikap positif dan menghormati tugas serta tanggungjawab pengarah meskipun individu itu lebih muda daripadanya.

Malah, dia juga tidak pernah berniat untuk mencampuri urusan pengarahan kerana mahu menjaga keharmonian suasana di lokasi penggambaran.

“Saya tidak akan melangkaui tugas pengarah walaupun pengarah itu lebih muda. Saya tetap perlu hormat kerana dia yang mengemudi produksi ini.

“Saya juga tidak mahu suasana di set jadi tidak seronok disebabkan saya.

“Kalau pengarah yang tegur, orang tu tak ada masalah dengan saya walaupun sebenarnya saya yang mengadu.

“Jadi, kalau ada teguran, adalah lebih baik pengarah yang bersuara,” jelasnya.

Untuk info, Elizad bersyukur apabila drama lakonannya menerima respons positif dalam kalangan peminat.

Selain Elizad, drama Bila Cinta Menjadi Doa itu turut dibintangi Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Alya Iman, Marc Syahmie,  dan Datin Maria Farida.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Amira Othman Tenang Hadapi Kecaman Perihal Penampilan & Fesyen, Pilih Fokus Perkara Positif

Amira Othman kekal tenang hadapi kecaman soal penampilan & fesyen.

Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Featured Wed, 18 Dec 2024

Shila Amzah Mengaku Ubai Tertekan Dituduh ‘Kaki Pukul’

Hantaran dibuat sekdar memberi kesedaran sahaja.

Featured Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Kolaborasi RM Bersama Honne Buat Peminat BTS Teruja

Penulis lirik dan rapper terkenal yang berusia 24 tahun itu akan berkolaborasi dengan duo berkumpulan tersebut untuk single terbaru mereka.

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Ude Mohon Bekas Isteri Henti Drama!

Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.

Hiburan Sat, 14 Oct 2023

Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Alhamdulillah, tahniah Sabri Yunus & Angeline Tan! Siapa dulu layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak?

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Trending Sun, 11 Jul 2021

Pandemik Tak Jejas Kerjasama 3 Negara Antara SonaOne, A. Nayaka & YHB Sleepsalot

Biarpun tidak dapat bersemuka kerana pandemik yang sedang melanda dunia, kerjasama antara tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura tetap diteruskan oleh tiga jejaka ini. Rapper berbakat yang mewakili negara masing-masing, SonaOne, A. Nayaka dan […]

error: Content is protected !!