Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 14, 2026 @ 12:33pm

“Muka Poyo Tak Ada Common Sense” – Rita Rudaini Tegur Individu Selamba Merokok Di Tempat Awam

Pelakon versatile, Rita Rudaini sekali lagi lantang menyuarakan pandangan peribadinya terhadap sikap segelintir individu yang masih mengabaikan amaran merokok di tempat awam terutamanya kedai makanan.

Kata Rita menerusi hantaran di Threads, dia meluat dengan sikap individu yang kurang kesedaran sivik termasuklah bersikap pentingkan diri.

“Paling meluat tengok manusia merokok di tempat yang dilarang merokok. Sah-sah kedai makan tu ada tanda ‘no smoking’. Buta mata, buta hati.

“Bila kita perhati dia, dia nampak kita tengok dia sebab memang meja sebelah je. Muka poyo tak ada common sense. Orang Melayu kita,” katanya.

 

 

View on Threads

 

Dalam hantaran sama, ibu anak dua itu tampil menegur sikap individu terbabit yang disifatkannya sebagai mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling.

“Orang macam ni dah tahu dah attitude dia macam mana. Tak fikir orang keliling, pentingkan diri,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:Rita Rudaini Kongsi Lalui Fasa Sukar Sepanjang 50 Tahun – “Hampir 4 Tahun Tanpa Job, Tak Dibenarkan Keluar Rumah  & Ramai Minta Saya Mereput”

Artikel Berkaitan:“Ego Dan Bongkak Berpisah Tiada” – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan:Rita Rudaini Titip Pesan Selebriti Terpalit Isu Hubungan Toksik – “Cepat-Cepat Keluar! Kalau Duduk 10 Tahun Atau 15 Tahun Kau Akan Mereput”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Feb 2026
Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Trending Mon, 20 Aug 2018

6 Reasons Why You Won’t Get Rich By Reading About Personal Finance

The truth stings but at least you can learn from it.

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Funky Fresh Studios Dan JD Sports Malaysia Bergabung Tenaga Anjur Junior Dance Camp 2019

Anak anda minat tarian hip hop? Ini masanya untuk belajar dengan profesional pada musim cuti sekolah ini!

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
error: Content is protected !!