Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2026 @ 1:28pm

Ezwan Zain Akui Erra Fazira ‘Meminta Banyak’ – “Saya Jaga Semuanya Sebab Tu Dia Tak Cemburu”

Usahawan yang juga suami kepada selebriti popular, Erra Fazira iaitu Ezwan Zain mengaku hubungan yang dibina bersama isteri bukanlah sesuatu yang mudah.

Malah, adat dalam hubungan berumah tangga, belajar memahami karakter pasangan juga adalah cabaran yang perlu dihadapi.

Menerusi temu bual bersama audio siar yang tualr di TikTok, Ezwan mendedahkan, Erra adalah seorang yang banyak menguji perasaannya.

“Saya cemburu? Dia akan cakap saya kuat cemburu sebab dia meminta banyak, menduga banyak.

“Contohnya, ada dia buat benda-benda yang mencemburukan saya,” katanya.

@kasionzchannel Suami kuat cemburu atau isteri? @Elizad Sharifuddin Layan episod 23 di Youtube KasiOnz, Jumaat jam 8 malam. #KasiOnz Channel dihos oleh pasangan Ezwan Zain & Erra Fazira. Real talk untuk jiwa yang tak pernah putus asa! #EzwanErra @Fazira Wan Chek @ezwanzain ♬ original sound – KasiOnz

Akuinya, perbezaan paling ketara antara mereka adalah cara masing-masing menjaga batas dan kepercayaan dalam hubungan sehingga menyebabkan isterinya itu jarang berasa cemburu terhadapnya dek kerana dia sentiasa menjaga batas terutamanya selepas berumah tangga bersama selebriti itu.

“Tapi kenapa dia tak cemburu dengan saya? Sebab saya menjaga semuanya. Yang macam saya cakap tadi,” jelasnya.

Sekadar info, Erra dan Ezwan sah bergelar pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada 12 Disember 2025.

Majlis yang diadakan dengan penuh intimate dengan kehadiran tetamu memakai busana bertemakan rona putih itu telah diadakan di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SEDAP SANGAT KE SUARA ERNIE ZAKRI?

Baginya, keindahan lirik, melodi yang baik dan music arrangement dalam lagu-lagu bergenre etnik kreatif ini sentiasa mekar dalam diri masyarakat Malaysia

Trending Mon, 5 Feb 2018

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bagi Sedikit Masa, Aliff Aziz Mengaku Tak Pernah Lupa…

Insha Allah, Aliff Aziz akan kembali ke studio sekiranya mendapat material sesuai. Bukan tak rindu nak menyanyi cuma…

Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Ahmad Dhani Mungkin Berdepan Hukuman Penjara, Apa Kata Mulan Jameela?

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dhani dijadualkan datang ke Kuala Lumpur untuk Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Februari.

Trending Mon, 21 Dec 2020
error: Content is protected !!