Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2026 @ 3:35pm

“Budak Sekolah Baling Bullet Stapler, Pensel…” – Atikah Suhaime Trauma Jadi Mangsa Buli Gara-Gara Rambut Kerinting

Pelakon, Datin Atikah Suhaime mendedahkan pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan hanya kerana memiliki rambut kerinting semula jadi.

Menerusi ciapan di Threads, Atikah mengakui pengalaman itu masih meninggalkan trauma buat dirinya sehingga hari ini.

Menurutnya, rakan sekolah sering menjadikan rambutnya sebagai bahan gurauan malah ada yang sanggup membaling pelbagai objek ke arah kepalanya.

“Saya kena buli waktu sekolah. Budak-budak baling benda dekat kepala saya seperti bullet stapler, pensel sebab nak tengok boleh sangkut dekat rambut. Trauma,” katanya.

Perkongsian tersebut dibuat selepas Atikah memuat naik video memaparkan rambut asalnya yang kerinting sebelum diluruskan menggunakan produk penjagaan rambut.

Dalam pada itu, Atikah turut mencuit hati apabila mengakui suaminya sebelum ini tidak mengetahui keadaan sebenar rambutnya.

“Selama saya kahwin, suami saya ingat rambut saya semula jadi lurus. Sebenarnya rambut saya kerinting dan frizzy, tapi saya tipu suami cakap rambut silky,” ujarnya berseloroh.

Artikel Berkaitan: Suami Beri Kejutan Jambangan Bunga Duit Cecah RM10,000 Sempena Ulang Tahun, Atikah Suhaime Akui Bahagia Berkahwin

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kesal Netizen Pertikai Sambut Majlis Hari Jadi Mulan Bersama Anak-Anak Yatim – “Mereka Balik Dengan Hadiah, Semua Gembira”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2019

Tya Arifin Selamat Lahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah…tahniah Tya & Asyraf!

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

“I’m Retiring”, Nicki Minaj Decided to Put Everything to a Halt

Haters make you famous, they say. But why did Nicki Minaj suddenly announced her retirement.

Trending Wed, 10 Oct 2018

Lelaki Taiwan Ini Minta Bantuan Kerana Keliru Dengan Simbol Jantina Pada Tandas

Kalau anda hebat, mana satu tandas lelaki dan tandas wanita?

Featured Sat, 27 May 2023
Hiburan Mon, 24 Nov 2025

Hatta Dolmat Puji Dr. Fie – “Semoga Wanita-Wanita Hebat Ini Kekal Tenang”

Dr.Fie meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sentuhan Hatta yang disifatkannya bukan sahaja profesional, malah berjaya mengembalikan keyakinannya.

Trending Thu, 4 Nov 2021

Killa Driz Akui Perlu Ada Kelainan Untuk Diterima

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat. Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri. Meskipun sudah […]

Hiburan Mon, 5 Jan 2026

Janna Nick Tempelak Netizen Komen ‘Jangan Terlalu Berharap Soal Zuriat’ – “Kenapa Manusia Suka Jadi ‘Joy Killer?’

Janna Nick menegaskan dia tidak mahu mendengar pandangan orang luar yang dianggap tiada kepentingan itu

error: Content is protected !!