Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 18, 2026 @ 12:32pm

Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

Persembahan nyanyian yang cukup memukau dan penuh emosi daripada anak kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu, Adrian Adam ternyata mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Adrian yang tampil mendendangkan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid berjaya memukau ramai dengan vokal lunak serta penghayatannya yang cukup mendalam.

Malah, keadaan kesihatannya menjadikan persembahan itu lebih memberi kesan buat seluruh penonton.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Public Health Malaysia (PHM), mereka menyifatkan nyanyian Adrian bukan sekadar tentang suara, sebaliknya sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser tulang.

“Bila Adrian Adam, anak kepada Amyza Aznan, menyanyikan “Ku Mohon” di pentas Talk To My Manager, yang sampai kepada kita bukan cuma suara.

“Ia rasa. Ia doa. Ia kekuatan seorang anak muda yang sedang diuji, tetapi masih cuba berdiri dengan cara yang dia mampu.
“Lebih sebak apabila kita tahu, ada perkara yang sepatutnya beliau sertai dan lalui seperti orang lain. Tetapi tahap kesihatan tidak mengizinkan.
“Namun malam itu, Adrian mengingatkan kita satu perkara. Ada manusia yang sedang melawan kesakitan dalam diam, tetapi masih memilih untuk memberi yang terbaik,” katanya.
Dalam hantaran sama, ramai turut tersentuh dengan keikhlasan yang dipamerkan Adrian ketika menyampaikan lagu berkenaan sekali gus mendoakan agar anak mud aitu dikurniakan kekuatan untuk melawan penyakit yang dihidapinya.
“Ada suara yang menyanyi untuk menang. Ada suara yang menyanyi untuk terus kuat. Malam itu, Adrian menyanyi dari tempat yang paling jujur, dari hati.
“Sama-sama kita doakan. Semoga Adrian terus diberi kekuatan, rawatan yang dipermudahkan, dan hari-hari yang lebih lembut untuk dilalui,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Neelofa Tells People to Buy Original Designer Items Instead of Fakes

This comes after she was cleared by the viral Instagram account set out to expose celebrities wearing fake items.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Konsert ‘Slam X Exists-Our Journey’: Sebuah Kembara Nostalgia Di Mega Star Arena 26 Julai 2025 Ini!

Konsert ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menceritakan perjalanan Slam dan Exists

Hiburan Wed, 25 May 2022
Featured Thu, 3 Oct 2024
error: Content is protected !!