Euforia Bola 2026
Drama By: Padin May 18, 2026 @ 9:59am

“Saya Tumpang Aura Dia” – Zara Zya Teruja Kembali Digandingkan Dengan Adi Putra Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Ramai peminat meluahkan keterujaan apabila Zara Zya dan Datuk Adi Putra kembali digandingkan menerusi drama bersiri terbaharu Luka Di Hujung Setia terbitan Country & Universal Sdn Bhd yang kini sedang menjalani penggambaran.

Baru-baru ini, video yang dimuat naik mereka di media sosial mengundang nostalgia peminat terhadap gandingan Zahira dan Iqbal dalam drama Zahira yang pernah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 2014.

Mengulas mengenai keterujaan peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan mereka semula di kaca televisyen, Zara mengakui tersentuh dengan sokongan yang diberikan.

@xtra_my Ada drama baru ke antara Zara Zya dan Dato Adi Putra🫣 #fyp #xtra #zarazya #adiputra #videobaru ♬ original sound – XTRA

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan memang tak sangka ramai yang masih menantikan gandingan kami. Saya harap keserasian kali ini tetap diterima baik seperti sebelum ini.

“Saya sangat menghargai semua yang terus menyokong dan menunggu kemunculan kami. Saya pun rasa macam tumpang aura Adi juga,” katanya kepada XTRA.

Dalam drama tersebut, Zara membawakan watak Dhia yang disifatkannya sebagai antara karakter paling mencabar pernah dimainkan.

“Watak Dhia ini memang agak berat sebab dia seorang wanita kampung yang akhirnya lupa diri. Dia terlalu mengejar kehidupan senang sampai sanggup ada hubungan skandal di tempat kerja dan mengabaikan suami serta anak sendiri.

“Apa pun, saya cuba memberikan yang terbaik untuk menghidupkan watak ini,” katanya.

Berkongsi harapan terhadap Luka Di Hujung Setia, Zara berharap drama berkenaan mampu mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton selain menjadi bualan hangat di media sosial.

“Saya harap drama ini mendapat sambutan yang hangat, jadi trending, viral dan meletop kebabom,” katanya berseloroh.

“Pada masa sama, saya juga berharap cerita ini dapat memberi pengajaran kepada penonton supaya lebih menghargai apa yang dimiliki dalam hidup,” tambahnya lagi.

Luka Di Hujung Setia diterbitkan oleh Jalena Rejab dan diarahkan Raja Mukhriz.

Selain Adi dan Zara, drama bersiri itu turut dibintangi Cahaya Nilam, Irfan Zaini, Lisdawati, Puteri Khareeza, Aqma Hamdan, Izzul Faiq dan Imranul Effendy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Apr 2018
Hiburan Fri, 21 Jun 2019

“Hubungan Kami Lebih Serius” Adam Lee Akui Bercinta Dengan Sweet

Semoga hubungan kedua-duanya berjalan dengan lancar

Trending Wed, 4 Jul 2018

Selesai Prosiding, Najib Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

Kelihatan didalam Mahkamah adalah dua anak beliau iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya, Daniyar Kessikbayev. 

Events Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Shila Amzah Akui Tak Mudah Jadi Bintang Cilik, Beri Kesan Pada Mental – “Saya Sendiri Pernah Jumpa Doktor”

Shila Amzah berkata kehilangan pengalaman zaman kanak-kanak turut boleh memberi gangguan mental yang berpanjangan

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sesi Bertemu Peminat Berlangsung Hampir 2 Jam Di Singapura, Orang Ramai Beratur Panjang Demi Berjumpa Siti Khadijah Halim

Wah, peminat Singapura teruja bertemu dengan Siti Khadijah Halim di Singapura.

Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

Hiburan Tue, 19 Jul 2022
Events Mon, 7 Jan 2019

BLACKPINK Terus Mendominasi Dunia Hiburan

Ddu-Du-Ddu-Du, Oh yeah! oh, yeah! Haaa.. kepada semua peminat BLACKPINK nantikan berita terbaru mengenai mereka hanya di xtra.com.my

error: Content is protected !!