Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 18, 2026 @ 11:44am

Hot FM Cipta Sejarah Tersendiri di Peringkat Asia, Bersiaran Langsung Dari Puncak Merdeka 118

Hot FM sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai stesen radio pertama di Malaysia yang melakukan siaran luar secara langsung dari bangunan tertinggi negara, Merdeka 118 menerusi kempen khas #BekpesHotTaklukMerdeka118.

Siaran bersejarah itu berlangsung pada 18 Mei 2026 bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi, membawa pendengar mengikuti misi luar biasa pasukan Bekpes Hot menawan aras tertinggi bangunan ikonik tersebut.

Misi berkenaan bermula dari Level 118 sebelum diteruskan ke Level 119 dan seterusnya menuju ke The Spire pada ketinggian 566 meter dari aras tanah. Cabaran itu dilihat sebagai simbol keberanian dan semangat untuk terus mencabar had dalam dunia penyiaran tempatan.

Sepanjang siaran berlangsung, pendengar turut dibawa merasai pengalaman mendebarkan bersama barisan penyampai Bekpes Hot iaitu Khairy Jamaluddin, Johan, Fara Fauzana dan AG yang bersiaran secara langsung dari beberapa lokasi berbeza di puncak Merdeka 118.

Menurut pihak Hot FM, kempen #BekpesHotTaklukMerdeka118 merupakan kesinambungan kepada pelbagai misi ekstrem yang pernah dijayakan sebelum ini termasuk siaran dari dalam ETS, pendakian Gunung Kinabalu, siaran bawah laut serta kayuhan sejauh 420 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam.

Kempen tersebut juga menjadi bukti bahawa Hot FM bukan sekadar sebuah stesen radio, sebaliknya jenama hiburan yang sentiasa tampil dengan idea kreatif dan pengalaman luar biasa buat pendengar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Dalam masa sama, Hot FM turut menyasarkan pengiktirafan rasmi daripada Asia Records dan ASEAN Records menerusi kategori “Highest Continuous Live Radio Broadcast from the World’s Second Tallest Building”.

Pengarah Kandungan Media Prima Audio, Shah Hayatudin berkata, misi tersebut bukan sekadar siaran biasa tetapi simbol kejayaan industri radio tempatan dalam membawa kandungan Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Bagi kami, ini bukan sekadar siaran radio tetapi satu pencapaian besar yang meraikan keberanian untuk terus mencabar batas dalam dunia penyiaran.

“Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga apabila kandungan tempatan berjaya dibawakan ke mercu bangunan paling ikonik negara. Peluang menjayakan siaran dari Merdeka 118 memang menjadi pengalaman yang sangat bermakna buat Hot FM,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Tambahnya lagi, Hot FM sentiasa percaya dalam menghasilkan momen yang bukan hanya didengari tetapi mampu meninggalkan kenangan kepada para pendengar.

“Daripada mencipta kelainan hinggalah membawa seorang pendengar bertuah mendaki bersama kru Bekpes Hot untuk meraikan hari lahirnya, semua ini menjadi pengalaman yang sukar dilupakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Juri Asia Records, Eldrick Koh menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti kreativiti dan semangat kerja berpasukan mampu membawa nama Malaysia ke perhatian peringkat Asia.

“Bekpes Hot membuktikan apabila keberanian, kreativiti dan semangat berpasukan digabungkan, tiada yang mustahil untuk rakyat Malaysia mencipta sejarah di mata Asia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Thu, 10 Oct 2024

Ina Naim Mohon Netizen Jadikan Kisah Cerai Fazura & Fattah Amin Sebagai Pengajaran

Akhir zaman… apa yang berlaku jadikan iktibar kata Ina❤️🔥

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

Saya bukan nak burukkan, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya perlu juga lantang bersuara – Puteri Balqis

Events Mon, 2 Jul 2018
Featured Fri, 17 Apr 2026

Kasih Iris Leona Beri Amaran, Tak Selesa Dikejar Di Jalan Raya – “Jangan Drive Sebelah Kereta, Turunkan Tingkap, Lambai & Harap Saya Buat Benda Sama!”

Kasih Iris Leona, tampil memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak bertindak melampau sehingga menjejaskan keselamatannya di jalan raya.

Trending Thu, 21 Dec 2017

《屿你同在》赈灾活动 善款总额突破10万零吉

大马创作才子伍家辉和歌手Victor 李俊颉早前因家乡槟城水灾而发起的『屿你同在』赈灾活动,在短短的一个月内所筹获的善款突破10万零吉!

error: Content is protected !!