Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 18, 2026 @ 12:48pm

Amar Baharin Terkilan Terpaksa Cukur Bersih Atas Komitmen Penggambaran… Risau Ibadah Korban Tak Diterima

Pelakon, Amar Baharin mengakui berasa terkilan apabila terpaksa mengekalkan wajah bersih tanpa janggut dan misai sepanjang 10 hari awal Zulhijjah susulan komitmen penggambaran yang sedang dijalankan.

Menurut Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 41, dia bimbang ibadah korban yang bakal dilaksanakan sempena Aidiladha tahun ini tidak diterima kerana tidak dapat mengikut sunah sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Amar berkata dia terpaksa mengekalkan imej bersih cukur atas tuntutan kerja meskipun berasa serba salah mengenainya.

“Aku rasa terkilan… aku akan buat korban tapi sekarang tengah shooting. Terpaksa kekalkan wajah bersih cukur sepanjang 10 awal Zulhijjah. Makruh potong kuku, buang bulu-bulu.

“Mudah-mudahan Allah terima ibadah korban aku,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberi kata-kata semangat selain berpandangan apa yang dilakukan Amar tidak menjadi kesalahan memandangkan ia berkaitan tuntutan kerja dan komitmen penggambaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Tue, 25 Feb 2020
Featured Sat, 12 Jul 2025

Shila Amzah Syukur Konsert Berjalan Lancar… Siap Ucap Terima Kasih Pada Awie, Jaclyn & Ella

Shila sekaan memberi hint pada ruangan kapsyen siapakah gerangan penyanyi legenda yang dimaksudkan.

Hiburan Tue, 22 May 2018

Victor李俊颉「重新出发」和爸爸拍摄封面直呼尴尬

Victor李俊颉卸下青涩形象,睽违六年再推新作《记得我爱你》,转当韩国暖男OPPA,唱歌给全天下的爸爸听!

Featured Wed, 18 May 2022

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Hisyam Hamid tak mahu tayang aset sekadar untuk menarik perhatian dalam lakonan.

Featured Fri, 19 Mar 2021
error: Content is protected !!