Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 18, 2026 @ 4:20pm

Shiha Zikir Bakal Hadiah Lagu Buat Seseorang, Netizen Petik Nama Anak Amyza Aznan – “Lepas Tengok Persembahan Saya Terus Hubungi Beliau…”

Penyanyi, Shiha Zikir mencuri perhatian ramai apabila memberi bayangan bakal menghadiahkan sebuah lagu kepada individu istimewa.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Shiha berkata hatinya tersentuh untuk menghadiahkan lagu tersebut selepas menyaksikan persembahan penuh tulus individu terbabit dipercayai dalam sebuah program baru-baru ini.

“Semalam selepas tengok persembahan beliau, terus saya hubungi untuk hadiahkan lagu. Sedap suaranya.

“Alhamdulillah, saya terima maklum balas positif daripada pihak mereka,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Renjana itu turut berharap hasratnya dapat direalisasikan memandangkan sebelum ini dia tidak berkesempatan menunaikan impian sama buat salah seorang ahli keluarga individu berkenaan.

“Semoga saya dapat realisasikan kali ini sebab sebelum ini saya tak sempat nak realisasikan untuk salah seorang ahli keluarga beliau.

“Kadang-kadang hidup ini lebih bermakna bila dapat buat orang lain bahagia,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat andaian Shiha bakal menghadiahkan lagu kepada anak pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam.

Sebelum ini, Amyza turut mendedahkan seorang komposer ada menghubunginya bagi menawarkan peluang kepada Adrian untuk merakamkan lagu baharu bersama.

Artikel Berkaitan: Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 31 Dec 2018

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan Akhirnya ..

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan, Usaha Gadis Ini Akhirnya Disanjung Dunia

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

黄浚维授勋神山效忠星章!沙洲首华裔男歌手获殊荣

黄浚维授勋神山效忠星章,成为沙巴洲首位华裔男歌手获殊荣。

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kilafairy Tak Kisah Kahwin Lambat

Kilafairy menyifatkan dengan kemunculan produk Kilafit ini, kehidupannya sudah terisi.

Trending Sun, 25 Nov 2018

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Siapa salah adakah konvoi motosikal, lori mahupun kereta exora yang kebetulan membantu motosikal yang rosak. Salam Takziah

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Genap 6 Tahun Berkahwin, Nelydia Senrose Sudah Bersedia Bergelar Ibu

Nelydia Senrose nak ada cahaya mata, setia menanti rezeki dari Allah swt

error: Content is protected !!