Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 19, 2026 @ 8:00am

Poster & Treler Rasmi Undang Perhatian, Filem Khadam Tampil Dengan Aura Seram Berbeza!

Pelancaran poster dan treler rasmi Khadam memberi gambaran lebih jelas tentang arah penceritaan filem tersebut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem seram tempatan paling dinantikan tahun ini.

Mengangkat latar era 1950-an, Khadam membawa penonton menyelami kisah sebuah keluarga yang cuba memutuskan hubungan dengan satu entiti misteri yang telah lama diwarisi turun-temurun. Berbeza daripada kebanyakan filem saka konvensional, naskhah ini tampil dengan pendekatan lebih mendalam menerusi gabungan elemen emosi, psikologi dan konflik kekeluargaan.

Treler rasmi filem itu turut memperlihatkan suasana gelap dan penuh tekanan emosi yang menjadi tunjang utama penceritaannya.

Diceritakan daripada sudut pandang seorang ibu bernama Melor, kisah tersebut mengikuti perjalanan seorang wanita yang berdepan gangguan entiti halus sehingga perlahan-lahan mula mengambil alih kehidupannya dan keluarganya.

Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions bersama beberapa rakan strategik antarabangsa termasuk Magma Entertainment, VMS Studios, Sil Metropole, Applause Entertainment, Primeworks Studios serta Golden Screen Cinemas, filem itu turut mendapat sokongan FINAS.

Kerjasama pelbagai negara itu dilihat memperkukuh kekuatan Khadam sebagai sebuah penerbitan berskala besar dengan gabungan kepakaran kreatif dan perspektif serantau yang lebih luas.

Filem arahan Shamyl Othman itu memberi fokus kepada penceritaan yang kemas dengan visual sinematik serta susunan emosi yang dekat dengan penonton.

Kisah bermula selepas Melor terpaksa mewarisi saka keluarganya sebaik kematian ibunya. Namun, entiti tersebut bukan sekadar menghuni tubuhnya, malah muncul sebagai versi Melor yang lebih “sempurna”, melengkapkan segala kekurangan yang selama ini menghantui dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Tanpa disedari, kehadiran itu perlahan-lahan mula mengambil tempat dalam kehidupannya sebagai isteri dan ibu. Sosok yang lebih tenang, lebih sempurna dan lebih diterima mula menggantikan dirinya sehingga Melor semakin terasing dalam kehidupannya sendiri.

Dalam perjuangan mempertahankan keluarganya, Melor bukan hanya berdepan ketakutan, tetapi turut berusaha menyelamatkan identitinya sebelum semuanya dirampas sepenuhnya.

Khadam diterajui Aghniny Haque sebagai Melor dan Datuk Remy Ishak sebagai Awang, selain dibintangi Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl’ El serta penampilan khas Jun Lojong.

Menurut Remy, watak Awang bukan karakter yang mudah disenangi kerana menyimpan emosi dan kasih sayang tanpa pernah tahu cara meluahkannya.

“Awang ini bukan watak yang orang akan terus suka. Dia mewakili lelaki yang sebenarnya mempunyai perasaan tetapi memilih untuk memendam dan tidak mengakuinya. Itu yang menjadikan karakter ini sangat mencabar untuk saya bawakan,” katanya.

Sementara itu, Aghniny yang terkenal menerusi filem seperti KKN di Desa Penari, Mencuri Raden Saleh dan Qorin menganggap watak Melor sebagai seorang wanita yang terus bertahan walaupun kehidupannya perlahan-lahan dirampas.

“Melor ialah seorang wanita yang terus melawan walaupun dunia di sekelilingnya semakin mengambil segala yang dia sayang,” katanya.

Sebagai ibu yang bisu dalam filem tersebut, Aghniny menghidupkan watak Melor menerusi ekspresi dan bahasa tubuh yang penuh emosi tanpa banyak dialog.

Khadam dijadual menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 Jun 2026. Perkembangan terkini mengenai filem itu boleh diikuti menerusi akaun rasmi @khadamthemovie di TikTok, Threads, Instagram, Facebook dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Jul 2023
Events Fri, 8 Nov 2019

任贤齐和阿牛有新搞作!欲和《麼麼茶》原班人马在岛开唱

「麼麼茶」和「小强」又再合体啦!继早前任贤齐和阿牛(陈庆祥)两人9月重游热浪岛后擦出新火花,联手合唱新创作《嘿!我在说你呢》并邀请大马媒体直击录音现场。

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林文荪化身女Rapper首献处女秀!真心细诉音乐梦心路历程

向来唱民族、艺术歌曲,全身散发着文青女气质的林文荪,摇身一变狂野女Rapper,献唱亲自填词的饶舌曲,真心细诉音乐梦心路历程。

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

Malique Muat Naik Foto Hospital Bahagia, Netizen Mulai Buat Spekulasi

Malique cetus spekulasi muat naik foto di hospital bahagia

Hiburan Tue, 8 Apr 2025

Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Shuk Sahar terharu ada ‘keluarga’ di Singapura tampil pertahankannya

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Isu Ditampar, Ogy Nak Jumpa Aiman Tino!

Apabila dia menjelaskan situasi sebenar saya jadi marah dan ingin berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu. Semoga semua berakhir dengan baik ya!

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
error: Content is protected !!