Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2026 @ 4:42pm

Netizen Gesa Komposer Bikin Lagu Untuk Anak Amyza Aznan, Aisha Retno Tampil Respons – “Saya Nak Kalau Beliau Sudi”

Nama Adrian Adam terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen usai persembahan penuh emosi dan menyentuh hati ramai pada program realiti nyanyian baru-baru ini sehinggakan ramai mula melihat potensinya dalam industri muzik tempatan.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu tampil meluahkan pendapat peribadinya meminta agar komposer hebat tanah air tampil memberi peluang dan menghasilkan lagu buat remaja berbakat itu.

“Komposer-komposer hebat, tolonglah ambil dia buat lagu best-best,” kata individu tersebut.

Sedar dengan hantaran berkenaan, penyanyi yang juga komposer berbakat, Aisha Retno tampil membalas komen tersebut sekali gus menawarkan diri untuk menghasilkan lagu buat Adrian.

“Saya nak jikalau beliau sudi,” balasnya.

Terdahulu, pada Ahad, persembahan Adrian menerusi lagu ‘Ku Mohon’ menerima pujian ramai sehingga pihak Kementerian Kesihatan Awam Malaysia (PHM)  turut memberikan respons positif.

Jelasnya, mereka menyifatkan nyanyian Adrian bukan sekadar tentang suara, sebaliknya sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser tulang.

Artikel Berkaitan:Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

Artikel Berkaitan:“Saya Kena Kuat Untuk Keluarga & Akan Galas Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung” – Adrian Adam

Artikel Berkaitan:Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Azwan Ali Sertai Perhimpunan Tolak ICERD

Selebriti Azwan Ali mencuri tumpuan di pekarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur apabila turut menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Tampil dengan gaya tersendiri, Azwan yang diiringi beberapa […]

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Sis Okay Je, Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastic Boleh Jadi Isu” – Sheila Rusly

Sheila Rusly memberikan pandangan mengenai isu penggunaan pinggan plastik dalam majlis rumah terbuka yang menjadi perdebatan segelintir netizen.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

KILAFAIRY TAMPIL MENGGODA DALAM PUT THE WORD IN

Malah, sesiapa sahaja yang baru mendengar lagu Put The Word In sudah semestinya akan mengakui bahawa lagu tersebut mempunyai aura tersendiri

Trending Fri, 17 Jul 2020

Tahniah! Mira Filzah Akhirnya Selamat Bertunang

Tak sabar rasanya nak tengok wedding of the year ni!

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

error: Content is protected !!