Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2026 @ 11:58am

Asyraf Khalid Dedah Pernah Dijaga Bapa Aedy Ashraf – “Dia Selalu Sebut Nama Anaknya, Dia Bangga” 

Usahawan Asyraf Khalid mendedahkan pernah dijaga oleh bapa kepada pelakon, Aedy Ashraf selepas menonton rancangan audio siar mengenai aktor itu.

Menerusi perkongsian di Threads, Asyraf berkata, bapanya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pernah memberi kepercayaan kepada bapa aktor tersebut untuk menjaga dia dan abangnya, Adib Khalid ketika masih kecil.

“Bapa Aedy pernah jaga saya dan abang saya Adib masa kami kecil. Ayah percayakan dia dengan anak-anaknya. Dan dia jaga kami dengan sepenuh hati.

“Dalam podcast tu Aedy cerita tentang bapanya, seorang lelaki yang pernah tersasar jauh dalam hidup, yang pernah dipenjarakan, yang masyarakat dah ‘write off’,” katanya.

Tambahnya, walaupun lelaki itu pernah melalui fasa kehidupan yang sukar, namun dia tetap tidak pernah lari daripada tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Malah, sepanjang mengenali lelaki tersebut, dia sering mendengar nama Aedy disebut dengan penuh rasa bangga kepada sesiapa sahaja yang ditemui.

“Dia tak lari dari tanggungjawab. Dia rebuild dirinya dengan senyap. Dia khidmat orang lain dengan penuh amanah. Dan sepanjang tu, dia selalu sebut nama anaknya kepada sesiapa yang dia jumpa. Dia bangga.

“Itulah cara dia. Lelaki dari generasi tu kadang-kadang tak tahu nak cakap terus pada anaknya yang dia sayang. Tapi dia akan cakap pada orang lain. Itu cara dia cakap “I love you,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Asyraf turut mengimbau kenangan ketika zaman kanak-kanaknya apabila dia sendiri merupakan peminat Aedy sekali gus meluahkan rasa bangga melihat kejayaan yang diraih anak muda itu pada hari ini.

“Saya ingat masa kecil, saya sebenarnya peminat Aedy. Rasa ‘cool’ sangat, abang yang jaga saya ni, rupanya anak dia pelakon.

“Sekarang Aedy bukan sekadar pelakon, dia ‘film producer’, dan Tarung: Unforgiven dah cecah RM10.5 juta dalam masa seminggu, nombor satu ‘box office’ Malaysia. @aedyxashraf, tahniah. Trust me, your father is watching all of this with eyes full of pride.

“Kadang-kadang lelaki yang pernah paling jauh tersasar, adalah bapa yang paling dalam doanya untuk anaknya berjaya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:Aedy Ashraf Dedah Hidup Struggle, Lahir ketika Bapa Dalam Penjara – “Saya Dibesarkan Di Kawasan Perumahan ‘Dodgy Flat’”

Artikel Berkaitan:Aedy Ashraf Dedah Sisi Gelap Zaman Remaja – “Saya Clubbing, Merompak, Minum Ar*k”

Artikel Berkaitan:Nyaris Putus Asa, Aedy Ashraf Akui Tak Mudah Jadi Penerbit – “Dipandang Rendah Itu Dah Anggap Macam ‘Kawan Baik’”

Artikel Berkaitan:Aedy Ashraf Anggap Kejayaan Filem Sebagai ‘Hari Graduasi’, Luahan Ibu Undang Sebak

Artikel Berkaitan:“Dia Ni Menggerunkan”- Aedy Ashraf Kagum Aura Zul Ariffin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Watie Hanifiah Crop Gambar Shuib Di Instagram, Netizen Pura-Pura Tak Kenal & Terkejut

Adoi takkanlah tak kenal. dah kena crop pun kita tahu tu Shuib

Featured Tue, 31 Mar 2020
Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Hensem juga teman lelaki Chacha Maembong ni kan?

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Bahagia! Hasrat Abby Abadi Akhirnya Tercapai

Hasrat Abby Abadi untuk mengambil anak angkat bayi lelaki dimakbulkan dengan sekelip sahaja. Syukur ke hadrat ilahi.

Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Featured Wed, 25 Aug 2021

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia. Menerusi temubual di […]

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Featured Wed, 22 Apr 2026

Tiwikarma Diramal Jadi Juara AJL40, Lirik ‘Deep’ Simbolik Solidariti Buat Rakyat Palestin

Menurut Mya Nana, lirik mendalam ini adalah idea daripada Achoi dimana ia menceritakan tentang solidariti terhadap penduduk di bumi Gaza.

error: Content is protected !!