Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 11, 2026 @ 12:00pm

Nyaris Putus Asa, Aedy Ashraf Akui Tak Mudah Jadi Penerbit – “Dipandang Rendah Itu Dah Anggap Macam ‘Kawan Baik’”

Pelakon, Aedy Ashraf tidak goyah berdepan pandangan sinis segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuannya sebagai penerbit.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, mengakui cabaran besar terpaksa ditempuh ketika menggalas tanggungjawab sebagai penerbit bagi filem sulungnya, Tarung: The Unforgiven.

Menurutnya, kritikan dan persepsi negatif bukan alasan untuk berhenti, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah dalam industri perfileman.

“Dipandang rendah itu perkara biasa bagi saya dan saya tak jadikan ia sebagai sebab untuk berhenti.

“Dari dulu sampai sekarang, benda ini memang lumrah. Saya dah anggap ia macam ‘kawan baik’ yang sentiasa ada.

“Saya tak tergugat atau ambil kisah sangat sebab akhirnya, semua yang saya buat ini adalah untuk diri sendiri dan impian saya,” katanya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tarung yang berlangsung di Banglo 289, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Aedy mendedahkan perjalanan menyiapkan filem berkenaan bukan mudah sehingga pernah terdetik untuk mengalah.

“Sepanjang siapkan filem ini, hampir setiap hari saya rasa nak menangis. Rasa nak putus asa dan persoalkan keputusan sendiri untuk berada dalam bidang ini memang ada.

“Tapi yang buat saya kuat adalah tujuan asal. Saya nak buktikan kepada pembikin filem muda, kalau saya boleh, mereka juga boleh,” katanya.

Tarung: The Unforgiven menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel serta Theebaan G.

Filem arahan Razaisyam Rashid itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 May 2024
Hiburan Tue, 13 May 2025
Hiburan Sat, 11 Feb 2023
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Rakaman Video Betty Rahmad Buat Ramai Netizen Sebak

Tahniah diucapkan kepada Betty Rahmad dan Ardy Damis kerana bakal menimang cahaya mata tak lama lagi….

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Lepas Buka Pasaraya, Rosyam Nor Keluar Produk Jus Belanda

Adraa bukan produk antikanser. Saya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida yang tinggi bukan anti kanser. Jangan salah anggap pula ya!

Featured Fri, 7 Mar 2025

Madammu Sokong Ridzokumura Buat ‘Live’, Minta Henti Spekulasi Isu Kematian Akiko – “Mereka Happy Family, Stop Komen Mengarut Dibulan Puasa Ni”

Madammu juga menyokong tindakan rakannya itu berkongsi maklumat terkini dan penjelasan lanjut mengenai situasi yang berlaku.

Featured Wed, 29 Oct 2025

Didakwa Fitnah Pengantin? Abby Abadi Tampil Bersuara!

Abby menganggap tindakan individu yang memfitnah dirinya sebagai berlebihan.

Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Frasa Thai ‘Catchy’ Jadi Tarikan, Ayda Jebat Jawab Pertikaian Tajuk Single Baharu ‘Kentoot’

Ayda Jebat tampil menjawab pertikaian segelintir netizen mengenai tajuk single terbaharunya, Kentoot yang mengundang pelbagai reaksi.

error: Content is protected !!