Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 7:53pm

Bertukar Pandangan Dengan Kaum Ibu, Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dengan wanita lain perihal penjagaan anak-anak.

Mengambil bahagian untuk berkenalan, beramah-mesra dan berkongsi pengalaman dari ‘ibu kepada ibu’, Siti peluang untuk berinteraksi dengan kaum ibu dan bercakap mengenai kegiatan harian serta cabaran mereka.

Siti berkongsi pengalaman menghadiri acara Mum2Mum Hi-Tea yang dianjurkan oleh jenama susu Farm Fresh, baru-baru ini.

“Ini merupakan satu penghargaan untuk dapat bersama-sama berkumpul dengan ibu-ibu, berkongsi pandangan dalam usaha untuk sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga masing-masing.

“Peluang untuk memberi inspirasi dan menaikkan semangat sesama ibu adalah satu penghormatan untuk saya, dan saya turut senang hati dapat menyokong usaha ini.

“Sebagai seorang ibu, saya menghargai peluang untuk berkongsi masa bersama rakan-rakan sekalian, dan saya yakin, program ini sedikit sebanyak akan membantu kita semua,” kongsi Siti yang juga merupakan duta bagi jenama terbabit.

Selain Siti, acara terbabit turut dimeriahkan dengan perbincangan panel yang menampilkan ahli panel terkenal termasuk Cheah Tien Keat selaku pakar Probiotik BB-12(R) di dalam bidang Biosolutions Kesihatan Manusia di Novonesis dan Natalie Loo selaku pakar pemakanan holistik.

Perbincangan ini bertujuan untuk mendalami topik-topik mengenai pemakanan kanak-kanak, tumbesaran serta pengalaman seorang ibu dan ia bersempena pelancaran susu tepung rumusan kanak-kanak terbaharu jenama terbabit.

Majlis itu turut dihadiri oleh Azmi Zainal selaku Ketua Pegawai Operasi jenama tersebut serta rakan selebriti seperti Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Serena C dan Sasha Aziz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 4 Feb 2018

10 PORT INSTA-WORTHY (KAMI SERIUS) DI #GOGEGARIA FEST!

Yes! Ini adalah WAJIB buat kenangan yang kamu telah hadir ke #GoGegaria Fest 2018!

Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

Tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

泰风来袭!泰国人气男团「SBFIVE」817来马会见粉丝

泰风来袭!泰国人气男团「SB FIVE」8月17日来马会见粉丝~

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Berat Badan Naik, Laudya Cynthia Bella Pregnant?

Ya, Bella akui berat badannya semakin bertambah. Happy ya kamu?

error: Content is protected !!