Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2026 @ 2:48pm

“Suruh Saya Buka Baju” – Zara Zya Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Dalam Industri Hiburan, Hampir ‘Diperangkap’ VVIP

Pelakon, Zara Zya tampil mengejutkan ramai apabila berkongsi pengalaman hitam yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni termasuk dakwaan gangguan seksual dan cubaan mengambil kesempatan oleh individu tertentu dalam industri hiburan.

Menerusi temu bual bersama program Nona TV3, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata dia pernah berdepan pelbagai situasi menakutkan ketika menghadiri sesi casting dan pertemuan atas urusan kerja.

“Bila pergi casting, kadang-kadang saya pergi sendiri. Kalau bawa mama, saya kena reject. Mereka ingat saya pergi shooting bawa mama.

“Kenapa? Sebab niat mereka tak elok. Kalau saya bawa mama, macam mana mereka nak buat benda bukan-bukan pada saya. Tak masuk akal tapi itu berlaku,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zara mendakwa pernah diperdaya seorang individu yang kononnya mahu berbincang mengenai skrip drama sebelum mengajaknya bertemu di pusat karaoke.

Namun suasana bertukar menyeramkan apabila individu terbabit meminta rakannya keluar sebelum mengarahkannya membuka pakaian.

“Skrip pun sudah ada tapi dia ajak pergi karaoke bukan tempat meeting. Saya terlalu percayakan orang.

“Saya pergi tepat karaoke, tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya tak mudah panik kemudian cari alasan untuk keluar dari situ dan tak patah balik,” katanya.

Menurut Zara, individu berkenaan kemudian cuba menghubunginya semula namun dia bertindak menyekat nombor telefon lelaki tersebut.

Tidak terhenti di situ, aktres drama Sumpah Ibuku itu turut mendedahkan dia pernah diajak ke hotel oleh kenalan artis sebelum menyedari ada individu kenamaan atau VVIP sedang menunggu di dalam bilik.

“Kawan-kawan artis yang saya kenal ajak ke hotel. Saya ingatkan sekadar makan-makan, rupanya memang ada lelaki-lelaki VVIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.

“Saya tak nak tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Lama juga saya cuba keluar. Situasi itu memang menakutkan,” katanya.

Zara turut berkongsi pengalaman apabila seorang lelaki mengajaknya berbincang mengenai projek namun sebenarnya mempunyai niat lain.

“Pernah ada seorang lelaki ajak berjumpa untuk sebuah projek, bila sampai rupanya dia ajak nak check in dekat situ.

“Kemudian saya berbual dan terus minta diri nak pergi dari situ,” katanya.

Dalam pada itu, Zara mendakwa dia juga pernah menjadi mangsa gangguan fizikal daripada individu dalam industri hiburan.

“Ada artis yang cuba menggatal dan meraba. Tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau melarikan diri.

“Dulu saya bukan sesiapa, orang nak ‘makan’ saya tapi bila di tahap sekarang ini mereka ada hormat dan berjaga-jaga,” katanya.

Bagaimanapun, Zara menegaskan dia tetap mempertahankan prinsip diri dan enggan memilih jalan singkat demi populariti.

“Ada juga tawaran untuk membela, tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu. Walaupun ada jatuh bangun, saya tetap pilih cara yang baik,” katanya.

Sumber: [FULL] Nona (2026) | 17 May – Pesona: Zara Zya | Tonton – YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Apr 2023
Featured Tue, 4 Mar 2025

Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

“Kena sentiasa bermuhasabah, dan terbuka dengan takdir,”- Fattah Amin

Trending Sat, 14 Jul 2018

Takziah! Perodua Langgar Lori Ragut Tiga Nyawa

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, Lobpithai Lee Sern Koung, 25, Tan Hock Lai, 24, maut di tempat kejadian maut di tempat kejadian, manakala Ong Cheng Lian, 23, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Featured Mon, 15 Jan 2024
Featured Thu, 6 Apr 2023

Isteri Lan Solo Dedah Suami Pernah Terima Payment ‘Ghaib’ – “Janji Lepas Show, Sekali Dapat Cek Tendang!”

Asam garam dalam dunia hiburan? Hmmm.. Dari 2011 katanya tak dapat payment 😣😣

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Mon, 22 Mar 2021

3 Maut 1 Parah – Struktur Kren Launcher Lebuh Raya SUKE Hempap Kereta, Ini Respons Netizen..

Kejadian kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hari ini menjadi bualan ramai. Insiden seperti ini seringkali berlaku di Lebuhraya berkenaan menyebabkan orang ramai meminta pihak bertanggungjawab segera disiasat. “Melalui siasatan […]

Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Featured Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Thu, 27 Nov 2025

Lufya Omar Tarik Balik Tuntutan Nafkah Anak Terhadap Bekas Suami – “Dia Kata Tak Mampu & Sanggup Lawan Sampai Mati”

Lufya Omar dakwa bekas suami tak mampu, tarik semula kes tuntunan nafkah mutaah

error: Content is protected !!