Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2026 @ 11:11am

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pengacara versatil, Datuk Aznil Haji Nawawi prihatin dengan nasib yang menimpa anak kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan apabila dia tampil membuka tabung kutipan bantuan dana buat Adrian Adam yang kini menghidap kanser tulang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata, inisiatif itu dibuat bertujuan untuk membantu kos perbelanjaan dan perubatan masalah kesihatan yang dialami remaja itu.

“Saya sudah kosongkan akaun peribadi saya dan mendapat kelulusan dari Maybank untuk mengumpul dana kilat buat Adrian Adam, anakanda Amyza Aznan.

“Segala wang yang dimasukkan ke dalam akaun yang kosong ini mulai saat ini adalah untuk bertujuan perubatan dan saraan Adrian Adam 100 peratus,” katanya.

Dalam hantaran sama, penyampai radio Kool FM itu juga turut memaparkan butiran bank, Kod QR serta bukti bahawa dirinya telah pun mengosongkan akaun peribadinya.

Tambahnya, tabung kutipan tersebut akan dibuka selama seminggu, selain terbuka untuk berkongsi mengenai jumlah bantuan terkumpul secara harian.

“Saya akan maklumkan di IG Story jumlah kutipan terkumpul secara harian. Tabung ini akan dibuka selama satu minggu sehingg 27 Mei 2026,” kongsinya.

Tersentuh dengan tindakan itu, Amyza dan Adrian tampil meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Aznil.

Sekadar info, sebelum ini juga, Aznil pernah membuat inisiatif sama untuk membantu beberapa penyanyi tanah air yang berdepan dengan masalah kesihatan seperti Zamani Slam dan Allahyarham Ibnor Riza.

Artikel Berkaitan:“Saya Kena Kuat Untuk Keluarga & Akan Galas Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung” – Adrian Adam

Artikel Berkaitan:Netizen Gesa Komposer Bikin Lagu Untuk Anak Amyza Aznan, Aisha Retno Tampil Respons – “Saya Nak Kalau Beliau Sudi”

Artikel Berkaitan:“Terima Kasih Abang Fattah Amin & Akak Amira Othman Atas Sokongan & Kebaikan” – Anak Amyza Aznan Luah Rasa Terharu

Artikel Berkaitan:Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Man’s First Impression of Remy Ishak: “I Thought He was Just a Random Bangla…”

It was during prayers in Wangsa Walk’s surau when he saw Remy Ishak.

Featured Wed, 11 Apr 2018

Amboi Ligat Shopping Raya Nampak! Puasa Dah Habis Ganti Ke Belum?

Kita beria-iya membuat persiapan Hari Raya lima bulan lebih awal, tetapi tidak pula beria-ia mengatur persediaan menyambut puasa?

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Tue, 3 Jul 2018

「高人」都会遇到的14个尴尬局面

或许大家会觉得个子长得高有很多的好处,如:换电灯泡、人潮中「独享」新鲜空气、拿摆在高处物品之类的。其实「高人」在生活上也有很多尴尬的时刻……

Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Events Fri, 27 Apr 2018

KL Jamm Tumpuan Buat Peminat Muzik Antarabangsa

Platform yang bakal menghimpunkan penggiat seni dari seluruh dunia satu festival muzik bertaraf antarabangsa bakal diadakan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Jamm

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Jamal Abdillah Teringin Lihat Anak Kedua Jadi Mufti

Insya Allah… semoga impian Dato Jamal dimakbulkan Allah SWT.

error: Content is protected !!