Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 23, 2026 @ 8:09pm

Selepas Pembedahan Bariatrik, Noraniza Idris Ubah Gaya Hidup… Syukur Keadaan Vokal Semakin Baik

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris tampil berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas menjalani pembedahan bariatrik baru-baru ini.

Penyanyi yang mesra disapa Kak Ani itu memaklumkan dia kini berada di hari ke-10 proses pemulihan dan mengakui tubuhnya terasa jauh lebih sihat walaupun masih dalam tempoh berpantang makan serta hanya bergantung kepada susu.

Menurut Noraniza, keputusan menjalani pembedahan tersebut bukan dibuat demi mengejar penampilan semata-mata, sebaliknya demi kesihatan dan usaha memperbaiki gaya hidupnya.

“Saya buat bariatric ini bukan sebab nak cepat kurus atau mahu cantik semata-mata. Saya lakukan demi kesihatan dan untuk mendisiplinkan diri supaya lebih menjaga pemakanan, rehat serta rutin harian,” katanya.

Pelantun lagu Dikir Puteri ini turut mengakui sebelum ini dirinya terlalu sibuk sehingga sering mengabaikan waktu makan dan rehat terutama ketika menyiapkan pelbagai kertas kerja berkaitan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Saya memang jenis yang boleh duduk bekerja dari pagi sampai ke pagi tanpa henti kalau sesuatu kerja belum siap. Disebabkan itu, makan pun tak ikut waktu dan tidur pun tak cukup.

“Sebenarnya tabiat macam ini memang tak baik dan saya sendiri nak pesan kepada semua supaya jangan amalkan gaya hidup seperti itu,” katanya lagi.

Kini, Noraniza mula memaksa dirinya untuk mengubah rutin harian termasuk tidur lebih awal dan memastikan mendapat rehat secukupnya setiap hari.

Menurutnya, paling lewat dia akan berhenti bekerja sekitar jam 12.30 malam dan cuba mendapatkan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

Dalam masa sama, Noraniza turut berkongsi dia sempat membuat persembahan di Citrawarna Perlis pada hari kelapan selepas menjalani pembedahan meskipun doktor sebelum itu tidak begitu menggalakkan kerana tempoh pemulihan memerlukan rehat mencukupi sekurang-kurangnya selama 14 hari.

Bagaimanapun, Noraniza mengakui terkejut apabila merasakan perubahan positif terhadap vokalnya selepas menjalani pembedahan tersebut.

“Hampir enam tahun saya terpaksa buat warm-up lama sebelum dapat keluarkan vokal dengan selesa sampai kadang-kadang saya sendiri rasa malas nak ambil persembahan.

“Tapi selepas surgery ini, saya rasa lebih selesa menyanyi dan vokal pun semakin baik. Saya mula yakin semula dengan suara saya,” katanya.

Tambah Noraniza, dia kini mahu kembali memberi perhatian serius terhadap kerjaya nyanyiannya yang sebelum ini agak terabai kerana terlalu fokus terhadap kerja kebajikan dan program komuniti.

“Insya-Allah selepas ini saya akan kembali aktif dengan single baharu selain beberapa perancangan program budaya zapin bersama generasi pelapis menerusi Roots Of Zafana 2026 atau Akar Kita Zapin,” katanya.

Pada masa sama, Noraniza turut merakamkan penghargaan kepada Dr Ghafur serta seluruh kakitangan Qurus Klinik di KMC Medical Centre yang banyak memberi sokongan dan penjagaan sepanjang proses rawatan.

Menurutnya lagi, bariatrik bukan sekadar berkaitan penampilan tetapi usaha memperbaiki tahap kesihatan serta kualiti hidup secara keseluruhan.

“Ini sebenarnya permulaan untuk saya menjaga kesihatan dan mengubah cara hidup.

“Keputusan untuk buat surgery ini pun bukan dibuat dalam sehari. Hampir dua hingga tiga bulan saya fikir, beristighfar dan buat istikharah sebelum akhirnya membuat keputusan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Tue, 20 Feb 2018

BARU 2 TAHUN DAH DAPAT HADIAH JAM TANGAN MEWAH!

Pelbagai reaksi daripada netizen diterima. Ada yang kecam kenapa membazir duit membelikan jam mewah sedangkan mereka masih bayi dan waktu yang mereka tahu pun hanya waktu makan sahaja.

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tipulah Kalau Tak Sedih…Isma Mengaku Bukan Lagi Isteri Zul 2 By 2

Isma yang kini menyanyi di sebuah restoran di Putrajaya memberitahu soal kesetiaan antara sebab dirinya tidak lagi mahu bersama lelaki terbabit.

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

李玖哲结婚啦!宣布相马茜是「李太太」

李玖哲14日举行《Will You Remember》新专辑发片记者会,身为老板的黄立成身兼主持人身分帮他造势,问他感情状态?李玖哲羞答“大哥你干嘛问我前女友的事?她已是『李太太』了,大家可以叫她李小茜。”

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Lelaki Jual Roti Arab Curi Tumpuan, Wajah Seiras PU Riz

Lelaki jual roti Arab kembar PU Riz, suara pun sama

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Selepas Zizi Kirana & Farah Lee, Kapal Hio GSF Dinaiki Heliza & Hazwani Helmi Pula Dipintas Tentera Isra*l

Semoga Heliza Helmi & Hazwani Helmi sentiasa dalam lindungan Allah 🤲🏻🥺😭

error: Content is protected !!