Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2026 @ 1:35pm

“Tak Perlu Menentukan Ibarat Menyuap Kehendak Sendiri Dalam Hidup Saya” – Fazura Minta Henti Tekan Soal Jodoh, Mahu Bahagia & Cari Ketenangan

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya terutama soal jodoh selepas tular video memaparkan dirinya mengulas mengenai pasangan hidup di platform Threads.

Menerusi sebuah ciapan, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia kini hanya mahu mencari kebahagiaan, ketenangan dan kehidupan yang lebih tenteram tanpa tekanan mana-mana pihak.

“Saya mencari bahagia, tenang dan tenteram buat sisa-sisa hidup saya ini.

“Tak perlu sesiapa menentukan ibarat mahu menyuap kehendak sendiri dalam mulut saya.

“Allah SWT lebih mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segalanya. Pasti aturan rahsia-Nya yang terbaik.

“Kun Fayakun. Mohon doakan yang baik-baik, itu sahaja. Sayang semua,” katanya.

Terdahulu, video tular dimuat naik peminat memaparkan Fazura berkongsi pandangan mengenai jodoh serta ciri lelaki yang diharapkannya.

Menurut Fazura, dia mengharapkan pasangan yang mampu membahagiakannya selain menyayangi anak perempuannya, Fatima.

Dalam masa sama, Fazura turut mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak yang sering mengaitkannya dengan individu tertentu termasuk golongan kenamaan.

“Sebab kadang-kadang ada yang cakap saya sesuai dengan VVIP, bukan dalam industri, sesuai dengan orang ini orang itu.

“Tapi kadang-kadang yang kita rasa terbaik, adakah kita nak pilih ataupun mahu Allah yang pilih?” katanya.

Aktres filem terkenal Manisnya Cinta Cappadocia itu menjelaskan memiliki pasangan yang sempurna bukan jaminan untuk hidup bahagia sekiranya tidak mampu memberi ketenangan dalam rumah tangga.

“Memanglah kalau dapat yang orang kata ada segala-galanya seperti beriman, semua itu bonuslah.

“Tapi kalau mereka tak dapat bahagiakan saya, macam mana nak buat?

“Bukan tak ada yang mendekati saya sebelum ini. Ada dalam kalangan saya juga. Hujung-hujung kita tak tahu ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Jadi harap semua doakan saya,” katanya lagi.

@xtra_my

Min setuju dengan Fazura, yang penting kita doakan agar Fazura dapat jodoh yang baik-baik sahaja🤲🏻 #fyp #xtra #fazura #jodoh #pilihan Sumber: langit_terindah P/s: Video ini bukan milik XTRA dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: “Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan” – Fazura Nasihat Wanita Didakwa Jalin Hubungan Sesama Jantina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

Fazley Yaakob Kembali Dengan ‘Tiga Kali’, Gandingan Segar Bersama Iela Nabila

Menurut Fazley Yaakob, lagu ini dipilih selepas menerima maklum balas positif daripada rakan, anak-anak dan peminat.

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

AJL33: Bawa Lagu Sedih, Kaer Mahu All Out Untuk Tak Mungkin Hilang

Jangan lupa saksikan AJL ke 33 pada 3 Februari ini. Untuk Kaer & Amylea, break a leg guys!

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Thu, 30 Sep 2021
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

‘Tak Kisah Bawa Watak Mak-Mak’- Anita Baharom Mahu Aktif Semula Berlakon

Rindunya nak tengok Anita berlakon. Teringat dulu waktu Dunia Baru, best sangat tau!

Trending Tue, 6 Feb 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

error: Content is protected !!