Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2026 @ 1:35pm

“Hanya Dapat Malu, Anak-Anak Dicaci”- Masih Pakai Kereta Rosak, Norish Karman Tepis Dakwaan Terima RM200,000

Pelakon, Norish Karman akhirnya tampil bersuara selepas namanya menjadi bualan susulan dakwaan menerima bayaran mencecah ratusan ribu ringgit menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Menerusi podcast Sembang Wanita terbitan Mingguan Wanita, Norish menegaskan dakwaan mengatakan dia menerima bayaran sehingga RM200,000 adalah tidak tepat.

Menurutnya, bayaran diterima hos ‘live’ bergantung kepada prestasi jualan dan bukannya diberi secara mudah oleh pemilik perniagaan.

“Saya tak dapat pun RM200,000 tu tapi dapat malu. Bukan saja saya, anak-anak turut dicaci. Nak dapat RM200,000 sekurangnya kena jualan cecah sejuta.

“Tapi kami hanya buat live dua hingga tiga jam. Jadi, kami tidak juga dapat RM150,000, atau RM50,000 atau separuh daripada itu,” katanya.

Norish berkata, tugas sebagai hos siaran langsung juga memerlukan usaha keras untuk memastikan produk berjaya dijual sepanjang sesi berlangsung.

“Pertama, kami buat live itu sebagai live host bermaksud bekerja di mana perlu menjual sebanyak mana produk jualan. Apabila bekerja kami dapat pendapatan,” katanya.

Dalam masa sama, Norish turut mengakui masih menjalani kehidupan sederhana dan belum mampu memiliki kenderaan baharu seperti diperkatakan netizen.

“Saya tak malu dengan kereta saya sebab saya masih The Norish Karman. Buat masa ini kami masih memandu kereta rosak kami. Saya beli dengan tunai kereta itu.

“Memang cita-cita nak gantikan kereta yang lebih baik kerana anak-anak makin membesar kerana kereta sekarang agak sempit,” katanya.

Tambah Norish, sebagai ibu dia hanya mahu memberikan kehidupan lebih baik buat anak-anak seperti ibu bapa lain.

“Saya rasa bukan saya seorang tetapi ramai para ibu di luar sana yang mencintai anak mereka pasti ingin berkehendak sesuatu lebih baik untuk anak mereka, bukan dari segi kereta tapi rumah dan segala-galanya,” katanya.

 

View on Threads

 

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Saleem Makin Stabil Tapi Perlukan Rehat

Semoga Saleem segera sembuh seperti sediakala memandangkan dia bakal meneruskan siri jelajah Kempen Antijenayah di sekitar pendalaman Sabah pada April depan!

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Wed, 29 Aug 2018

小妹美劳作业「机智复制」抓猫来照描

对于小朋友来说,要画图画得「像」其实不太容易,但是等到长大了才会觉得,那个画得歪歪歪扭扭的样子,其实超可爱超有纪念价值的呀!

Trending Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Saya Takut Tak Berkat…” – Bimbang Terbabit Syubhah, Sufian Suhaimi Tak Guna Duit Hasil Menyanyi Untuk Sara Keluarga

Sufian turut mendedahkan dia berpegang teguh pada prinsip untuk tidak menggunakan wang hasil seni bagi membiayai perkara penting dalam kehidupannya termasuk ketika mendirikan rumah tangga.

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
Selebriti Wed, 14 Feb 2024
error: Content is protected !!