Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2026 @ 12:58pm

“Saya Takut Tak Berkat…” – Bimbang Terbabit Syubhah, Sufian Suhaimi Tak Guna Duit Hasil Menyanyi Untuk Sara Keluarga

Penyanyi, Sufian Suhaimi mengakui dia tidak menggunakan hasil pendapatan daripada bidang nyanyian untuk menyara keluarga kerana menganggap wang diperoleh daripada kerjaya seni mempunyai unsur syubhah.

Sufian, atau nama lengkapnya Muhammad Sufian Mohd. Suhaimi, 34, berkata atas sebab itu dia mengambil keputusan mengasingkan sepenuhnya pendapatan hasil muzik dengan sumber kewangan lain termasuk perniagaan yang diusahakannya.

“Saya asing, tak sekalikan. Saya rasa begitu (syubhah). Duit dari hasil muzik saya tak pernah campur dengan bisnes Baby Pian.

“Saya takut kalau saya gunakan untuk kehidupan nanti tak berkat,” katanya.

Sufian berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam audio siar YouCast.

Tambah pelantun lagu Di Matamu itu, wang hasil nyanyian hanya digunakan untuk perkara yang tidak melibatkan keperluan asas keluarga atau perbelanjaan harian.

“Guna untuk benda-benda tak berkaitan dengan sesuatu yang akan masuk ke dalam badan.

“Saya guna untuk barang-barang di studio, nak pergi bercuti, tengok wayang dan beli gajet,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sufian turut mendedahkan dia berpegang teguh pada prinsip untuk tidak menggunakan wang hasil seni bagi membiayai perkara penting dalam kehidupannya termasuk ketika mendirikan rumah tangga.

“Nak bagi makan anak bini saya tak pakai duit menyanyi. Kahwin pun tak pakai duit menyanyi,” katanya.

@youcasttt

Badan @Sufian Suhaimi

♬ original sound – Youcast – Youcast

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

BTS Dominates Radio Disney Music Awards

They were nominated for several awards that night.

Cahaya Mata Sat, 29 Apr 2023
Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Wed, 1 Jul 2020
Featured Thu, 23 Mar 2023

“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Siapa je tak sedih… moga yang terbaik buat mereke sekeluarga

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Jerebu Terburuk Di Kota Palembang

Jarak Penglihatan Kurang 150 Meter

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Saya Harap Perkahwinan ini Adalah Penutupnya” – Erra Fazira

Erra Fazira menjelaskan, keputusan untuk kembali berumah tangga dibuat atas dasar yakin termasuklah memikirkan usia hubungan mereka.

Trending Wed, 3 Jan 2024

Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

Semoga ibu Khai Bahar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Featured Thu, 13 Feb 2025

Kongsi Rasa Sedih Isu Bayi Meninggal Tersedak Susu… Warganet Kecam Madammu, Didakwa Tak Sensitif

Madammu bahkan sanggup membayar dua orang pembantu penjaga (CL) untuk menjaga anaknya.

error: Content is protected !!