Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2026 @ 10:23am

Sambut Ulang Tahun & Anniversary Ke-13 Serentak, Izzue Islam Terima Hadiah Kereta Dari Isteri Tercinta

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam mencuri perhatian apabila diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya dan juga ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue atau nama lengkapnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, kelihatan diraikan dalam suasana sederhana dan intimate bertemakan warna biru dan putih yang hanya dihadiri oleh rakan-rakan terdekatnya.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian, Izzue juga turut menerima hadiah istimewa berupa sebuah kereta sport berprestasi tinggi jenis Nissan GT-R R35 daripada isterinya sempena sambutan istimewa itu.

@ammxrhxlm_ sweet kan dapat suprise kereta dari wife 🥹 happy birthday @Izzue Islam 🩵 #IzzueIslam #AwinNurin #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – AzraelTems

Momen penuh kejutan itu bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran sekali gus mendoakan agar rumah tangganay bersama isteri dilimpahi keberkatakan.

Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Kelantan, di mana Awin turut bertindak sebagai pengurus peribadi Izzue sebelum mereka berkahwin.

Artikel Berkaitan:“Aku Nak Dia Ada Dengan Aku Setiap Saat ” – Izzue Islam Mengaku Tak Boleh Hidup Tanpa Isteri, Netizen Komen: “Tak Sangka Wujud Lelaki Green Flag With Good Look”

Artikel Berkaitan:“Awak Tetap Jadi Orang Yang Pertama Saya Nak Tengok Setiap Hari” – Izzue Islam 

Artikel Berkaitan:“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Mimi Gementar Jadi Artis Naungan Pertama Siti Nordiana

Pelajar jurusan Multimedia di Universiti Kuala Lumpur merupakan antara tiga peserta uji bakat yang dipilih oleh Siti Nordiana.

Hiburan Fri, 12 Aug 2022
Trending Wed, 2 Sep 2020
Featured Tue, 15 Mar 2022

‘Sumpahan Salju’ Inspirasi Kisah Snow White, Uniknya Melodi Lagu Baru Ara Johari… Siap Pegang 3 Watak Lagi!

Cantik MV Sumpahan Salju lagu baru Ara Johari! 😍 Inspirasi daripada kisah dongeng Snow White, fuh menarik ni!

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Penat Kerja Kot… Elvina Kongsi Detik Cemas!

Kejadian berlaku ketika masih berpuasa. Memang saya risau memandangkan ini pengalaman pertama saya hamil.

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Jadual Makin Padat, Khai Bahar Kongsi Rahsia Tak Cepat Letih!

Dalam kesibukan jadualnya yang padat, Khai sentiasa terlihat bertenaga setiap masa. Ehem…apa rahsianya?

Contest Mon, 23 Jul 2018

#JommenangXtra : Menang Hadiah Eksklusif Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Bananana!

Pastinya kanak-kanak akan tertunggu-tunggu apakah agaknya rancangan kartun yang akan disajikan kepada mereka bukan? So, sempena musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami di tonton akan siarkan beberapa kartun menarik yang pastinya dapat memenuhi selera anak-anak anda di luar sana!

Trending Wed, 10 Apr 2019

灵异专家告诉你《10个你家有鬼的迹象》

虽然科技逐渐发达,很多人也不相信有鬼的存在,然而层出不穷的闹鬼事件和都市传说,还是不断的被发现,令人毛骨悚然……

error: Content is protected !!