Euforia Bola 2026
Filem By: Padin June 4, 2026 @ 7:16pm

Memang Kelakar! 5 Bomoh Angkat Isu Kepercayaan Tahyul Dalam Balutan Komedi

Sejauh mana seseorang sanggup pergi demi memastikan impian menjadi kenyataan? Apabila segala usaha dirasakan tidak membuahkan hasil, masih ada segelintir yang memilih untuk bergantung kepada jalan pintas termasuk mendapatkan bantuan bomoh.

Fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat itu menjadi inspirasi kepada filem komedi terbaharu, 5 Bomoh, yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026.

Diarahkan oleh Syed Fariz, filem terbitan Global Station Sdn Bhd ini bukan sekadar menghiburkan, malah menyelitkan kritikan sosial mengenai kecenderungan sesetengah individu yang terlalu bergantung kepada kepercayaan tahyul dalam mencari penyelesaian kepada masalah hidup.

Filem yang diedarkan oleh Skop Productions Sdn Bhd serta dipasarkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Mask Team itu menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaluddin, Ungku Hariz, Tiara Rose, Afdlin Shauki, Johan, Amy Search, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty.

Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang memberikan warna tersendiri kepada naskhah tersebut menerusi pelbagai situasi lucu yang dijangka mencuit hati penonton.

5 Bomoh mengisahkan Rashdan lakonan Aaron Aziz, seorang ahli perniagaan yang terlalu mempercayai amalan tradisional dan petua turun-temurun sejak kecil.

Berbeza dengan isterinya, Sakinah yang dilakonkan Scha Alyahya, Rashdan lebih cenderung mencari penyelesaian melalui perkara yang dianggap luar biasa berbanding berpegang kepada pendidikan, sains dan doa.

Konflik bermula apabila anak perempuan mereka, Nisa, gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kecewa kerana impiannya untuk melihat Nisa melanjutkan pengajian ke luar negara seakan-akan sukar dicapai, Rashdan mula mencari pelbagai alternatif bagi memastikan cita-cita tersebut menjadi kenyataan.

Atas cadangan pembantunya, Alam lakonan Ungku Hariz, Rashdan membawa keluarganya mengembara ke beberapa negeri untuk bertemu lima bomoh yang dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa.

Namun, perjalanan tersebut tidak memberikan jawapan seperti yang diharapkan. Sebaliknya, mereka berdepan pelbagai penipuan yang mendedahkan bagaimana kepercayaan dan harapan manusia boleh dimanipulasi demi kepentingan pihak tertentu.

Menurut Syed Fariz, filem berkenaan cuba menyampaikan mesej yang dekat dengan realiti masyarakat menerusi pendekatan yang santai dan mudah diterima.

“Menerusi elemen komedi, kami mahu mengingatkan bahawa kejayaan tidak datang melalui jalan pintas. Kadang-kadang manusia terlalu mudah percaya kepada perkara yang menjanjikan hasil segera sehingga terlupa bahawa usaha, ilmu dan doa merupakan asas paling penting.

“Walaupun dipersembahkan dalam bentuk yang ringan dan menghiburkan, mesej yang ingin diketengahkan sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan seharian,” katanya.

Selain menyentuh isu kepercayaan terhadap tahyul, 5 Bomoh turut mengupas tekanan ibu bapa terhadap anak-anak, hubungan kekeluargaan serta kecenderungan masyarakat mencari penyelesaian mudah ketika berhadapan cabaran hidup.

Dengan gabungan komedi, sindiran sosial dan mesej yang relevan, filem ini menawarkan pengalaman tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga.

5 Bomoh kini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Aug 2020

‘Mak Cik Gelang Pink’ Akhirnya Dijatuhi Hukuman Penjara

Semoga perkara ini dijadikan pengajaran!

Events Sat, 31 May 2025

“Syafiq Kyle Memang Anak Emak, Tapi Ke Arah Yang Positif” – Mimi Lana

Demikian respons pelakon Mimi Lana ketika ditanya mengenai hubungan rapat aktor itu dengan ibunya, Rohaya Sulaiman.

Featured Tue, 10 Dec 2024
Trending Wed, 25 Mar 2020

Rakyat Disaran Jangan Degil, Batalkan Saja Niat Balik Ke Kampung Halaman Dalam Tempoh PKP

Patuhi lah arahan yang diberikan, untuk kesejahteraan kita bersama

Kisah Viral Mon, 7 Nov 2022
Events Sat, 14 May 2022
Featured Sat, 21 Sep 2024

Terpalit Gosip Cinta Bersama Amir Ahnaf, Angel Dolla Terharu Peminat Backup & Tetap Beri Sokongan 

Bagus betul peminat-peminat Angel sentiasa berikan sokongan & tak blame orang lain👏👏👏

error: Content is protected !!