Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2026 @ 9:53am

Isa Khan Anggap Lelaki Curang Tak Layak Bergelar Suami, Persoal Kemampuan Jadi Imam Keluarga

Pelakon, Isa Khan tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu kecurangan yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, Isa meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir lelaki yang tidak setia dalam hubungan percintaan.

Menurut Isa, lelaki yang gemar berlaku curang tidak layak untuk bergelar suami kerana gagal menjaga amanah dan kepercayaan pasangan.

“Lelaki yang suka curang ni tak layak nak menjadi suami,” tulisnya.

Malah, Isa turut mempersoalkan kemampuan seseorang lelaki untuk menjadi pemimpin keluarga sekiranya sudah berlaku curang sebelum mendirikan rumah tangga.

“Macam mana nak jadi imam dalam keluarga kalau belum kahwin pun dah curang,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Isa tersebut, malah ada juga yang menyifatkan kenyataan Isa sebagai satu teguran buat mereka yang tidak jujur dalam perhubungan.

Artikel Berkaitan: Tulis ‘2019–2026’, Netizen Dakwa Isa Khan Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan Risteena Berakhir? – “Ternyata Hanya Tempat Persinggahan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h

Isu lawak lucah, Lan Pet Pet mohon maaf kepada Nur Fazura.

Hiburan Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Thu, 9 Nov 2017

#BEST WISHES MAWARAF

Menggunakan hashtag #mawaraf, Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah diraikan oleh keluarga terdekat semasa majlis bersiram dan berinai yang telah dijalankan disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

范文芳亏老公跌伤像美人鱼?李铭顺大吃儿子的醋

相隔了14年再度合作的「明星夫妻档」李铭顺和范文芳,在全新电视剧《入侵者》饰演夫妻;早前因拍摄跌伤膝盖的李铭顺,让范文芳亏老公受伤趴地姿势像美人鱼,使得李铭顺吃醋笑指“她有多一个情人,所以我不重要!”

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Nafi Bercinta Dengan Businessman, Zahirah Mcwilson Suka Lelaki Tinggi Lampai

Sesuailah kalau Zahirah nak cari lelaki tinggi lampai, baru berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

error: Content is protected !!