Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2026 @ 2:00pm

“Rezeki Aku Bukan Dari Manusia, 100 Peratus Datang Dari Allah ”- Fimie Don Tampil Perbetul Persepsi

Pelakon Fimie Don menepis pendapat segelintir pihak yang menganggap rezeki yang diperolehi seseorang adalah hasil bantuan dari manusia.

Kata Fimie, dia kurang bersetuju dengan kenyataan itu dek kerana setiap rezeki telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Malah, dia juga berkongsi antara pengalamannya ketika ditawarkan kerja oleh seorang penerbit sebelum ini.

“Dulu pernah seorang penerbit cakap pada saya, dia yang bagi saya kerja. Ada juga yang kata, saya perlu berbuat baik dengan penerbit-penerbit ini kerana mereka yang beri saya rezeki.

“Saya tidak boleh terima perkara ini. Maaf cakap. Kalau dia bagi saya rezeki, dia bagi saya kerja, baik saya tukar ayat mengucap saya kepada nama dia.

“Okay, maaf kasar sikit. Tapi maksud saya, rezeki saya bukan datang daripada mana-mana atau sesiapa di dunia ini. Rezeki saya 100 peratus datang daripada Allah. Dan kita sesama manusia hanyalah penyampai rezeki itu,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Fimie berkata demikian susulan tersentuh dengan perkongsian seorang individu mengenai tindakan seorang warga emas yang menjadi asbab dia mampu meneruskan impiannya untuk menjual pewangi selepas nekad berhenti kerja.

“Kenapa tiba-tiba cakap tentang ini? Sebab cerita abang ini membuka hati saya untuk berkongsi bahawa rezeki yang dihadiahkan oleh Allah boleh datang melalui sesiapa sahaja.

“Tidak kira umur, tidak kira bangsa, malah daripada jaga kucing pun ada rezekinya,” jelasnya.

Menurutnya, rezeki hadir dalam pelbagai bentuk termasuk kesihatan yang baik, ilmu pengetahuan, jodoh serta nikmat kehidupan yang sering kali dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

“Rezeki ini bukan duit semata-mata. Kalian pun tahu perkara ini, jodoh, ilmu, duit, masih boleh bernafas, cukup pancaindera. Alhamdulillah.

“Terima kasih sebab berkongsi. Semoga awak dan pak cik dimurahkan rezeki dengan kadar segera dan berkekalan, Insya-Allah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Sayang Punya Pasal, Zara Zya Sanggup Hasilkan Supplement Untuk Kucing!

Beshetik juga dah makin berat, 13 kg dah tau!

Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]

Trending Mon, 12 Jul 2021

Wabak Covid-19 Kini Difasa Paling Bahaya

Semoga Malaysia sentiasa dilindungi.♥

Featured Fri, 25 Apr 2025

Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran Produksi UTV Usanita Entertainment, Tampil Hael Husaini & Nadeera Dalam 2 Persembahan Mega

Erma bersyukur dengan lantikan yang diterima terutamanya dalam menaik taraf industri dan anak seni tempatan.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Sun, 8 May 2022
error: Content is protected !!