Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2026 @ 10:06am

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Pelakon, Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Berita itu dikongsikan Juliana, atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, menerusi satu hantaran di platform Threads miliknya.

Menurut Juliana, dia sememangnya merancang untuk menambah cahaya mata dan merasakan tahun ini adalah waktu yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

“Guess I didn’t learn my lesson! Lol kidding.

“I knew I was gonna have at least one more and this year was the perfect timing,” tulisnya.

Dalam masa sama, Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

“Me? A mother of 3? Just trying to let that sink in,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Juliana, serta menzahirkan doa agar segala urusan kehamilan dan bersalin kelak akan dipermudah olehNya.

Sekadar info, Juliana mendirikan mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Featured Wed, 22 Apr 2026

Syed Saddiq Enggan Bella Terlibat Dalam Politik, Mahu Dorong Jadi Wanita Bekerjaya  – “Kalau Dia Menyanyi Satu Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendedahkan beberapa realiti sebenar dunia politik yang tidaklah mewah seperti yang disangka ramai orang.

Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Featured Mon, 7 Aug 2023
Events Fri, 18 Oct 2019

5 Perkara Menarik Yang Korang Patut Try Di Skytropolis Funland!

Buat korang yang tidak tahu mana nak pergi weekend ni, Skytropolis Funland Genting Highland ada jawapannya!

error: Content is protected !!