Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 8, 2026 @ 5:11pm

Individu Dedah Perangai ‘Miang’ Boyfriend, Hafreez Adam Respons Cara Elak Lelaki ‘Noty’ – “Minta Dia Berhenti Jadi B*doh”

Pelakon dan usahawan, Hafreez Adam tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap luahan seorang individu yang mendedahkan sikap kurang menyenangkan yang diterima daripada teman lelakinya.

Menerusi hantaran di Threads, Hafreez atau nama lengkapnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 35, dia tampil memberikan nasihat kepada wanita berkenaan agar tidak terus dimanipulasi oleh kekasihnya.

Tegasnya, wanita berkenaan seharusnya berani mempertahankan diri daripada sikap kurang menyenangkan teman lelakinya itu, sekali gus menyifatkan tindakan berani menolak permintaan individu tersebut daripada melakukan perkara tidak senonoh adalah keputusan yang tepat.

“Next time kalau awak jumpa lelaki terhambat tumbesaran macam ni lagi (minta dijauhkan lah). Bila dia cakap ‘kalau awak sayang saya, awak sanggup buat apa sahaja untuk saya’. Awak boleh reply ‘okay, kalau awak sayang saya, berhenti minta yang bukan-bukan dan berhenti jadi bodoh. Boleh? Sekarang buktikan awak sayang saya”.

“And, congratulations.. You just dodged a bullet,” katanya.

Terdahulu, individu wanita yang dikenali sebagai @qqrinaz itu berkongsi beberapa tangkap layar miliknya bersama kekasih menerusi platform sama.

“Dia ingat saya termakan dengan ayat pancing dia, dasar kepala otak. Tolong kecam,” katanya.

 

 

View on Threads

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Jul 2019

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!

Hiburan Tue, 25 Feb 2025

“Setiap Cahaya Mata Ada Sinar Rezeki” – Fizo Omar Bakal Timang Anak Keempat

Fizo meluahkan rasa syukur dan teruja di atas rezeki yang dikurniakan.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Tue, 17 May 2022
Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Hiburan Sun, 15 Jun 2025

Kamal Adli Mohon Bakat Muda Hargai Peluang – “Pelakon Baharu Kerap Main Telefon Di Set Penggambaran..”

Kamal Adli meluahkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah pelakon baharu.

error: Content is protected !!