Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 8, 2026 @ 6:44pm

Bukan Sekadar Content TikTok Aktif Bantu Pelajar, Boss A Kini Beri Elaun Petrol Kepada Pekerja

Sering mendapat pujian netizen kerana aktif menyumbangkan komputer riba terpakai kepada murid dan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, pempengaruh Boss A sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Pemililk nama sebenar Ivan Khong yang mempunyai lebih 812,000 pengikut di TikTok ini mengambil inisiatif memberikan elaun petrol bulanan kepada semua kakitangannya.

Menerusi inisiatif terbaharu itu, seramai 30 pekerja di syarikat miliknya bakal menerima elaun petrol sebanyak RM150 seorang setiap bulan bermula bulan ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ivan menegaskan kebajikan pekerja tidak boleh dipandang ringan kerana kejayaan yang dikecapi hari ini turut disumbangkan oleh mereka yang bekerja keras di belakang tabir.

Menurut usahawan komputer riba terpakai itu, pengalaman hidup yang pernah dilalui membuatkan dia lebih memahami cabaran dan kesukaran yang dihadapi golongan pekerja.

@ivankhong_bossa_sce Daripada ribuan komen yang diterima, kami berjaya menemui mereka yang benar-benar memerlukan sebuah motor ❤️ Hari ini, kami tunaikan janji kami😎 Rezeki tak pernah salah alamat 💯🏍️ #bossa #scedistributor #dimanaadalaptopdisituadabossa #laptopmurah #laptopeducation #laptoprefurbished #givelaptopasecondlife #cintanegara #cintakeluarga #cintasekolah #cintadiri #masyarakatperlukita #foundersce ♬ original sound – Boss A | Ivan Khong

“Saya pernah melalui fasa hidup yang susah sebelum ini. Sebab itu saya faham bagaimana rasanya apabila berdepan tekanan kewangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya juga tidak mahu menikmati kesenangan seorang diri. Apa yang saya capai hari ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dan usaha daripada pasukan saya,” katanya.

Ivan berkata, idea pemberian elaun petrol itu sebenarnya dicetuskan oleh isterinya, Cryztle, sebelum dipersetujui dan dilaksanakan selepas melihat keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat.

“Pada masa yang sama, saya rasa sebagai majikan, saya juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebajikan pekerja. Walaupun ada antara mereka tinggal berhampiran tempat kerja, kos kehidupan tetap memberi kesan kepada semua.

“Jika harga petrol meningkat, banyak perkara lain turut terkesan. Jadi saya harap bantuan kecil ini dapat meringankan sedikit beban dan menggembirakan mereka,” ujarnya.

Selain elaun petrol, Ivan turut memperkenalkan beberapa bentuk penghargaan lain bagi meningkatkan motivasi kakitangan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pemberian ganjaran RM1,000 kepada ibu bapa pekerja yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan syarikat.

Menurutnya, penghargaan tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan produktiviti, malah sebagai tanda terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepada pekerja.

“Saya percaya apabila pekerja rasa dihargai, mereka akan lebih bersemangat untuk memberikan prestasi terbaik.

“Sebab itu kami cuba mewujudkan budaya kerja yang positif dan saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ivan berkata usaha membantu murid dan pelajar kurang berkemampuan menerusi sumbangan komputer riba terpakai masih diteruskan seperti biasa.

Katanya, setiap permohonan akan dinilai terlebih dahulu bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Saya akan melihat latar belakang pelajar dan keluarga mereka sebelum membuat keputusan.

“Matlamat utama bukan sekadar membantu dari segi peralatan pembelajaran, tetapi saya juga mahu mengajak lebih ramai orang untuk sama-sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

@ivankhong_bossa_sce Keagungan Cinta Seorang Ayah EP14 👨‍👧‍👦❤ #bossa #scedistributor #dimanaadalaptopdisituadabossa #laptopmurah #laptopeducation #laptoprefurbished #givelaptopasecondlife #cintanegara #cintakeluarga #cintasekolah #cintadiri #masyarakatperlukita #foundersce ♬ original sound – Boss A | Ivan Khong

“Jika perkongsian saya di media sosial boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat baik, itu sudah cukup bermakna,” katanya.

Sebelum ini, Boss A sering mendapat pujian netizen kerana aktif menyumbangkan komputer riba terpakai kepada murid dan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang dikongsikan di TikTok.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Aug 2019

Arca Putrajaya, hasil kerja tangan gadis autistik ini luar biasa cantik!

Wan Jamila hasil lukisan bertemakan Hari kebangsaan

Hiburan Mon, 21 Oct 2024

“Daripada Tak Ada Job Langsung, Baik Ambil Saja” – Sanggup Terima Bayaran Buat Gimik Murahan, Qistina Raisah Kalis Kecaman

‘Ramai yang anggap saya ni seorang negatif, saya dah terbiasa’ – Qistina Raisah

Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Trending Thu, 6 Sep 2018

Barisan Bintang Hantu Kak Limah Bakal Bergelar Orang Kaya, Andy Lau Beri Bonus!

Barisan pelakon dan krew produksi Hantu Kak Limah akan menerima bonus daripada syarikat penerbitan Infinitus Gold dan Astro Shaw.

Trending Fri, 30 Nov 2018

3秒心理测验!第一眼看到什么动物…找到人格光明面

只要看看你「第一眼先看到哪个动物」,就可以测出你的主要人格啦!

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Sedar Diri Gagal Jadi Suami, Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi.. Syukur Bekas Isteri Temui Kebahagiaan

Syukur Bella Dally jumpa lelaki tepat, Nazim Othman akui gagal jadi suami

Trending Tue, 6 Jul 2021
error: Content is protected !!