Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin June 1, 2026 @ 12:28pm

4 Dekad Cipta Fenomen, TV3 Terus Dominasi Industri Drama Tempatan

Stesen televisyen nombor satu negara, TV3, meraikan ulang tahun ke-42 dengan tema “Hanya Yang Fenomena Di Sini,” mencerminkan legasinya sebagai rumah drama tanah air yang telah mencorakkan landskap hiburan tempatan dan menjadi pilihan penonton Malaysia selama lebih empat dekad.

Sejak penubuhannya, TV3 telah memperkenalkan pelbagai karya yang bukan sahaja mencetuskan fenomena, malah menjadi sebahagian daripada memori penonton merentasi generasi.

Malah, dengan kejayaan tersebut, lahirlah ramai bakat dan nama besar dalam industri seni tanah air.

Selain terus menjadi pilihan penonton menerusi pelbagai karya yang dekat dengan kehidupan masyarakat, TV3 juga berjaya mengekalkan relevansinya dalam era digital dengan menyesuaikan kandungan mengikut perubahan tabiat tontonan semasa.

Selain kejayaan drama bersiri yang menjadi kegemaran ramai, TV3 turut mencatat pencapaian memberangsangkan menerusi drama bersiri mikro yang meraih lebih 200 juta capaian di media sosial.

Ini sekali gus membuka peluang kepada lebih banyak lagi naskhah baharu yang bakal menghiasi slot TV3 pada separuh kedua tahun 2026 termasuk Yes! Captain Zul Aaryan, Anom Suraya, Jiwa Seorang Pentaksub, Neraka Yang Terhijab, Luka Di Hujung Setia dan drama bersiri mikro Offside Husband.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima, Farah Shamsudin berkata, tagline “Hanya Yang Fenomena Di Sini” mencerminkan komitmen TV3 dalam menyajikan kandungan berkualiti yang sentiasa memberi impak kepada penonton.

TV3 bukan sekadar platform hiburan, tetapi juga ‘rumah pertama’ yang melahirkan ramai pelakon, pengarah dan penulis skrip yang hari ini menjadi nama besar industri seni tanah air.

“Daripada mencungkil bakat baharu hingga mencipta ikon industri, TV3 sentiasa komited dalam mengangkat karya tempatan ke tahap yang lebih membanggakan,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun ke-42 ini, TV3 meraikannya bersama para peminat menerusi pelbagai aktiviti istimewa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 bersama barisan bintang drama TV3 dan personaliti Media Prima.

Antara yang mencuri perhatian ialah pelancaran rasmi dua siri drama terbaharu, drama Akasia, Yes! Captain Zul Aaryan dan drama Lestary, Anom Suraya yang bakal bersiaran pada Julai ini selain pengunjung juga dapat bertemu para pelakon, pengarah dan penulis novel menerusi sesi meet & greet serta autograf.

Sambutan turut dimeriahkan dengan barisan personaliti Media Prima termasuk Mior Abdul Malek Raiyani, Farah Nabilah Wazer, Fahmi Tajuddin, Vinsla Santhiran, Hirsham Azmi dan Syakirah Zulkifli, selain kehadiran pelakon suara Ida Rahayu Yusoff dan Shafiq Isa sempena ulang tahun ke-10 Ejen Ali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Apr 2018

Suami Buat Muka Selamba Buang Kepala Isteri Dalam Tong Sampah. Kejamnya!

Sudahlah kepala isteri dipenggal, seorang lelaki dirakam berjalan dengan aksi muka selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala mayat isterinya.

Trending Wed, 13 Mar 2019
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Sat, 11 May 2024
error: Content is protected !!