Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2026 @ 11:32am

Enam Kitaran Kemoterapi Menanti, Shahronizam Tak Putus Ikhtiar Berubat Kampung Lawan Kanser

Pelakon, Shahronizam Noor berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatannya yang masih menjalani rawatan susulan selepas disahkan menghidap kanser tulang belikat.

Menurut Shahronizam, 53, dia dijadualkan menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan) pada 9 Julai depan sebelum bertemu pakar onkologi pada 22 Julai bagi mengetahui perkembangan penyakit yang dihidapinya.

“Mungkin menerusi CT scan itu nanti kita boleh melihat bagaimana perkembangan atau status kanser yang saya hidapi. Sebelum ini, doktor onkologi ada mencadangkan supaya saya menjalani rawatan kemoterapi.

“Rawatan itu membabitkan enam kitaran. Setiap kitaran memerlukan saya dimasukkan ke hospital selama lima hari sebelum berehat selama tiga minggu untuk meneruskan kitaran seterusnya.

“Proses itu akan berterusan sehingga enam kitaran dan mengambil masa kira-kira enam bulan. Jadi, jika saya memulakan kemoterapi, agak sukar untuk saya bekerja seperti biasa,” katanya.

Shahronizam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidadari Tanpa Syurga di ibu kota pada Rabu.

Pada masa sama, suami kepada pelakon dan penyanyi Safura itu berkata, dia turut berikhtiar menjalani rawatan alternatif sebagai usaha tambahan selain mendapatkan rawatan moden.

“Bukan setakat rawatan moden sahaja yang saya jalani, tetapi saya juga berikhtiar melalui rawatan tradisional dengan mengambil air penawar,” katanya.

Dalam pada itu, Shahronizam meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat daripada keluarga, rakan artis dan pihak produksi sepanjang melalui tempoh mencabar itu.

“Saya bersyukur mempunyai sistem sokongan yang kuat termasuk selebriti senior yang sentiasa bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan mesej.

“Mungkin mereka nampak saya seperti baik-baik sahaja, tetapi kita sendiri tahu bagaimana keadaan badan apabila berdepan situasi seperti ini.

“Saya benar-benar terharu apabila ada rakan-rakan yang sanggup bersama-sama melalui saat sukar ini dan cuba memudahkan urusan saya.

“Sudah tentu keluarga menjadi peniup semangat utama untuk saya terus kuat,” katanya.

Terdahulu, Shahronizam disahkan menghidap kanser tulang rawan tahap dua Ogos tahun lalu selepas mengalami sakit belakang kronik.

Susulan itu, dia menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian kanan belakang badannya di sebuah hospital pada Oktober 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022

Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Alahai kesian Ismail Izzani 🥲 Kalau dah sentuh isu keluarga ni, kita pun jadi geram! 🥵

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Dayang Nurfaizah Potong Rambut Pendek!

Bagi Dayang, beliau sudah menyimpan rambut panjang selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk memotong rambutnya pada tahun ini agar tampil dengan imej yang lebih fresh.

Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Featured Wed, 5 May 2021

“Cakap Melayu Tak Susah, Memasak Lagi Susah”- Tular Kahwini Pemuda Melayu, Maryam You Narae Kini Muncul Di TV

Pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak asing lagi di platform media sosial mereka iaitu DurianKimchi TV. Terbaru, pasangan ini muncul buat kali pertama dengan rancangan TV terbaru iaitu […]

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Netizen Tanya Pendapat Ibu Tunggal Bagaimana Nak Survive Jika Bekas Suami Tak Beri Nafkah, Fatin Afeefa Respons: “Tidur 3-4 Jam Sehari, Catu Makanan Kongsi Bertiga”

Fatin berkata dia juga terpaksa berkorban waktu tidur yang tidak mencukupi, selain mencatu makanan bersama tiga beranak.

error: Content is protected !!