Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 12, 2026 @ 12:17pm

Himpun 6 Artis Popular Tanah Air, Spotlight KLCC Series Angkat Konsep Konsert Premium

Mengetengahkan beberapa nama besar dalam industri muzik tanah air, Spotlight KLCC Series bakal dihangatkan dengan persembahan showcase lebih intim yang membolehkan peminat menikmati pengalaman lebih dekat bersama artis kegemaran mereka dalam suasana lebih eksklusif dan premium.

Dianjurkan HiFive Entertainment dengan kerjasama KLCC, showcase ini dijadual akan berlangsung di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Ogos depan.

Penganjuran siri itu juga dilihat sebagai usaha memperkaya landskap hiburan langsung negara selain mengangkat Plenary Theatre sebagai lokasi pilihan bagi persembahan muzik dan acara hiburan berkualiti di tengah ibu kota.

Menurut Pengarah Projek Spotlight KLCC, Mike Manicka berkata, penganjuran siri berkenaan lahir daripada keinginan untuk menawarkan pengalaman hiburan langsung yang berbeza daripada konsert berskala besar.

“Dengan Spotlight KLCC Series, misi kami sentiasa untuk membuktikan bahawa pengalaman budaya yang luar biasa tidak memerlukan venue yang besar atau harga tiket yang terlalu tinggi.

“Kami mahu memperjuangkan persembahan berskala kecil dan intim yang menawarkan suasana premium serta sofistikated kepada penonton, namun pada masa sama kekal mampu milik dan mudah diakses,” katanya.

Menurut Mike, sambutan awal yang diterima terhadap siri berkenaan amat memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pihak penganjur untuk merancang lebih banyak persembahan pada masa akan datang.

“Kami juga teruja untuk memperkenalkan bab kedua siri ini pada Julai nanti dengan lebih banyak persembahan berkualiti yang dikurasi khas untuk peminat,” katanya.

Antara artis yang bakal menjayakan siri pertama Spotlight KLCC iaitu pada 22 Ogos 2026 adalah, Aizat Amdan, SOG (Sekumpulan Orang Gila) dan Orked Farhan.

Manakala, tiga lagi persembahan akan diadakan pada 12 September menampilkan Iman Troye, Imran Ajmain serta Noryn Aziz.

Selain persembahan muzik, Spotlight KLCC turut merancang memperluaskan kandungannya kepada pelbagai bentuk hiburan lain termasuk persembahan komedi berdiri (Stand Up) dan acara langsung yang bersesuaian dengan konsep platform berkenaan.

Bagi memudahkan peminat mendapatkan tiket, jualan akan dilakukan secara eksklusif menerusi platform Ticket2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mana Ada Gaduh, Ezuwan Ismail Terharu Che Ta…

Selama ini, Che Ta antara yang tak jemu memberi sokongan saya dalam setiap pertunjukan fesyen yang dianjurkan.

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Gusar Keterbukaan Timbulkan Rasa Kurang Senang, Nora Danish Mahu Jaga Privasi

Nora Danish bimbang sekiranya hubungan yang sedang terjalin itu tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Trending Tue, 16 Jan 2018

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Hiburan Sun, 7 Jul 2019
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Wed, 11 Sep 2019

惊喜福利来了!5566确定928来马办签名会

惊喜福利来了!配合《SINCE 5566》巡回演唱会,5566确定将于9月28日来马办签名会。

Hiburan Tue, 23 Dec 2025

Meremang… Emma Maembong Makan Daging Mentah?

Meremang tengok babak lakonan Emma Maembong!

error: Content is protected !!