Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 13, 2025 @ 2:00pm

Anta Permana Jadi Pilihan Raja Charles III, Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ingat Kena Tipu 

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak menyangka bahawa salah satu lagu hitsnya, Anta Permana, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, menjadi antara pilihan muzik Raja Charles III.

Ketika ditemui oleh XTRA, Siti mengakui pada mulanya sukar mempercayai perkara itu kerana bimbang menjadi mangsa penipuan. Namun, selepas ia disahkan oleh pihak Apple Music dan pasukan pengurusannya, beliau meluahkan rasa syukur dan terharu atas penghormatan tersebut.

“Saya terkejut dan tertanya-tanya, betul ke ni? Saya kena tipu ke ni? Tapi selepas disahkan oleh Apple Music dan Universal Malaysia, barulah saya percaya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira untuk lagu ini. Saya rasa terharu kerana dalam banyak-banyak lagu, ada juga satu dari Malaysia yang tersenarai. Ini satu penghormatan besar, dan saya amat berterima kasih atas penghargaan ini,” katanya.

Siti berkongsi kegembiraannya ketika ditemui selepas majlis pelancaran lagu raya terbaharunya, Raya Nak Ke Mana?, hasil ciptaan Aisha Retno, RADi, dan Amylea Azizan di Pavilion Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk memuji bakat komposer dan penulis lirik tempatan, yang menurutnya memiliki potensi besar untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Hael Husaini dan Ezra Kong. Ini membuktikan bahawa komposer kita sangat berbakat dan mampu menembusi pasaran global.

“Namun, industri muzik kita masih kurang mendapat pendedahan di luar negara. Sebab itu, apabila penyanyi kita bertanding di peringkat antarabangsa, mereka sering mendapat perhatian,” katanya.

Sebelum ini, Siti turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya setelah lagu Anta Permana diumumkan sebagai salah satu pilihan dalam senarai khas Raja Charles III.

Selain Anta Permana, senarai His Majesty King Charles III’s Playlist yang dikumpulkan oleh Apple Music itu turut menampilkan nama-nama besar seperti Diana Ross, Bob Marley, Raye, Grace Jones, dan beberapa lagi.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur, Lagu ‘Anta Permana’ Jadi Pilihan Peribadi Raja Charles III – “I Am Beyond Bless & Deeply Thankful”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Nov 2022

Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

Penyanyi Harissa Adlynn teruja apabila berpeluang melibatkan diri dalam dunia lakonan. Pernah dikenali menerusi lagu Aku Sayang Kamu, Harissa tidak pernah terfikir akan menceburi dalam dunia lakonan dan menjadi seorang pelakon, namun dia akui dia […]

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Bapa Liza Hanim Meninggal Dunia

Bapa penyanyi Liza Hanim, Abdul Halim Abdul Razak, 73, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), sebentar tadi.

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Bakal Beraksi di Pentas Berprestij DFP, Slam Imbau Kenangan Pernah Dilabel Band Kampung

Slam bakal melakar sejarah dengan mengadakan konsert pertama mereka di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

error: Content is protected !!