Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 15, 2026 @ 12:25pm

“Dikala Hati Merasa Cukup Penat, Cukup Allah Yang Mengetahui…”- Fazura Luah Rasa Syukur, Hargai Sokongan Orang Sekeliling

“Terima kasih sudah memeluk Faz dengan erat dan penuh kasih sayang”.

Demikian luahan peribadi selebriti popular, Nur Fazura terhadap sokongan dan kasih sayang yang diterimanya sepanjang menjalani kehidupannya.

Menurut Faz, sokongan positif daripada orang sekeliling menjadi salah satu faktor kekuatan buatnya terutama ketika berdepan situasi sukar.

Akuinya, dia sangat menghargai kehadiran insan-insan yang sentiasa memberikan kasih sayang dan semangat yang tidak pernah putus untuknya.

“Syukur Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat kalian dan semua di sekeliling Faz yang sentiasa sudi hadir menjadi strong support system yang positive dan matang.

“Di kala hati merasa cukup penat dan tertanya sekadar berapa panjang saja lagi sisa hidup ini, terima kasih kerana sudah memeluk Faz dengan erat dan penuh kasih-sayang,” katanya.

Dalam hantaran sama, ibu anak satu itu mengakui masih banyak perkara yang tersimpan di dalam hati dan sukar untuk diluahkan, namun percaya Allah SWT lebih mengetahui segala yang tersirat mahupun tersurat.

“Banyak yang mungkin tak dapat diungkapkan tapi cukup Allah SWT yang mengetahui isi hati, apa yang tersirat lagi tersurat.. dan penawarnya hanya Allah SWT jua. Doakan saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Chanyeol and Seohyun Caught in an Intimate Moment

They look so perfect together.

Trending Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Tue, 4 Mar 2025
Filem Mon, 6 May 2024
Hiburan Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Thu, 4 Jun 2026

“Pandang Positif! Isu Ini Mungkin Boleh Bantu Ibu Bapa Lain Di Luar Sana” – Iman Troye Backup Ryzal Ibrahim

Iman Troye berkata, tindakan pasangan pempengaruh tersebut adalah atas tujuan sumber rujukan pihak perubatan  selian mahu menyebarkan kesedaran terhadap golongan ibu bapa di luar sana.

error: Content is protected !!