Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 16, 2026 @ 2:15pm

Nadia Annuar Persoal Gaya Hidup Bob T20, Label Pengurusan Masa Teruk -“Takkan Tak Ada Masa Pergi Gym 30 Minit?”

Bekas pengacara, Nadia Annuar menyorot perhatian ramai apabila tampil memberikan respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pempengaruh media sosial, Bob atau lebih dikenali sebagai Bob T20 baru-baru ini.

Kata Nadia, dia tidak bersetuju dengan alasan kononnya kesibukan bekerja menjadi punca seseorang tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan dan melakukan senaman apatah lagi jika seseorang itu mengaku dari kalangan berpendapatan tinggi atau T20.

Jelasnya, seseorang yang mempunyai sumber kewangan yang stabil lebih fleksibel menguruskan masa dan tidak menjadi ‘hamba duit’.

“Musykil sikit kalau dia betul T20, dia patut bukan jadi hamba duit dah. Means, dia dah relax-relax boleh pergi gym dan buang lemak-lemak tu semua.

“Tapi kalau dia masih kena kerja sampai tak ada masa nak buat benda lain, maksudnya dia B40 atau M40? Tapi B40/M40 pun tahu priorities,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Nadia menyifatkan masalah utama yang dihadapi Bob bukanlah kerana seseorang itu berasal dari kelompok T20 mahupun B40 sebaliknya pengurusan masanya yang sangat teruk.

“Dia time management teruk ni. Ada masa makan, mandi, berak. Tak kan tak ada masa pergi gym 30 minit?

“Lagi-lagi kalau betul kaya, gym pun boleh ada dalam rumah. Kereta Lamboghini real pun jadi miniature sebelah bob,” tegurnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kenyataan kontroversi yang dikeluarkan Bob menerusi temu bualnya bersama audio siar, Sembang Ohh Yeahh tular mengenai dakwaan golongan B40 sering membuang masa di gym, sedangkan golongan T20 lebih fokus mencari duit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 17 Oct 2018

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan!

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

40 Tahun Berlakon, Jalil Hamid Rasa Terhina Angkara Syarikat Produksi?

Terasa penat dan sia-sia pulak mengumpul 7…8 anugerah dan ANUGERAH pelakon terbaik dan popular selama hampir 40 tahun.

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

error: Content is protected !!