Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 19, 2026 @ 12:01pm

Kebangkitan Filem Seram Terus Mendominasi, Khadam Kutip RM2.6 Juta Selepas 7 Hari Tayangan

Filem tempatan nampaknya terus rancak mencatatkan dominasi di pawagam sekali gus mencipta momentum positif apabila filem seram Khadam berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM2.6 juta selepas hanya tujuh hari ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Kejayaan luar biasa ini menjadi isyarat jelas bahawa sokongan penonton terhadap karya sinema tempatan kini berada di fasa terbaik.

Menurut pengarahnya, Shamyl Othman, dia meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa yang diterima dan menyifatkan kejayaan itu sebagai penghargaan besar daripada penonton.

 “Alhamdulillah, saya amat bersyukur melihat sambutan yang diberikan kepada Khadam. Kutipan melepasi RM2.6 juta ini bukan sekadar angka buat kami, tetapi membuktikan bahawa Khadam telah mendapat tempat di hati ramai penonton Malaysia.

“Melihat begitu ramai yang hadir ke pawagam, berkongsi pengalaman dan memperkatakan tentang filem ini memberikan makna yang sangat besar buat kami sebagai pembikin filem.

Khadam lahir daripada usaha ramai individu yang mencurahkan tenaga, masa dan hati mereka untuk menjadikan filem ini sebuah pengalaman yang bermakna. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penonton yang telah membeli tiket, berkongsi pandangan dan menyokong filem ini sejak hari pertama.

“Kepada yang sudah menonton, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kepada yang belum, kami menantikan kehadiran anda di pawagam” katanya.

Sejak mula ditayangkan, Khadam menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton dan pengkritik filem yang memuji pendekatan seramnya yang segar serta tidak bergantung kepada elemen jump scare semata-mata.

Kekuatan naskhah itu turut disokong barisan pelakon hebat seperti Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, selain pelakon cilik Zarra Zhaf dan Karl El yang berjaya memberikan persembahan penuh bertenaga.

Dalam perkembangan sama, peminat di Pantai Timur bakal berpeluang bertemu lebih dekat dengan barisan pelakon filem Khadam menerusi siri promosi khas yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang bermula Sabtu ini.

Sebagai penghargaan atas sokongan luar biasa penonton, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan Jun Lojong bersama tenaga produksi akan menjayakan Siri Jelajah Pantai Timur pada 20 Jun 2026, dengan sesi ramah mesra dan tayangan bersama peminat di dua lokasi.

Antara lokasi yang bakal dikunjungi ialah GSC East Coast Mall, Kuantan pada jam 1 petang dan GSC Kuantan City Mall pada jam 8.45 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Jun 2018

Gempar! Kubur Dipenuhi Ular Berbisa Walaupun Arwah Seorang Dermawan

Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak2 untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya.tak kesampaian tok…Dia dah dipanggil Allah,”

Hiburan Sat, 20 Jan 2024
Trending Wed, 19 Sep 2018

Justin Bieber Tiba-Tiba Busking Di Depan Buckingham Palace Untuk Impress Tunangnya

Mungkin ini caranya untuk luahkan rasa cintanya di khalayak ramai.

Trending Sat, 4 May 2019

Nurul Hidayah Merayu Beri Peluang

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membenarkan bapanya menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Isu Jual Topi Tiruan, Fariz Isqandar Ambil Iktibar – “Perniagaan Lebih Berkat, Hati Rasa Lapang”

Fariz Isqandar syukur Allah jentik hati, jauh dari tamak dalam berniaga

Featured Wed, 20 May 2026

“Kerja Apa Pun Ada ‘Dark Side’, Tak Semua Orang Dalam Industri Ni Tak Baik” – Zara Zya

Zara Zya mengaku bahawa tidak semua individu yang terlibat dalam industri seni tanah air memiliki sisi gelap seperti kenyataannya yang tular sebelum ini.

error: Content is protected !!