Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 19, 2026 @ 5:12pm

Tak Beri ‘Green Light’ Sertai Program Realiti Nyanyian, Mua Bellaz Enggan Anak Bekerja Di Usia Muda

“Mereka masih muda lagipun budak sekarang kita kena jaga batas mereka”.

Demikian respons pempengaruh dan usahawan popular, Mua Bellaz apabila diajukan soalan mengenai penerimaan tawaran dan penglibatan anak-anaknya dalam program realiti nyanyian popular.

Kata Bellaz atau nama lengkapnya, Nabilah Zulyadaini, anak sulungnya, Nur Airis Alisha atau Ica pernah menerima tawaran untuk menyertai program realiti nyanyian, namun dia memilih untuk menangguhkannya buat masa ini.

“Ada, macam Ica (Airis Alisha) tapi saya kata belum lagi. Muda lagi lagipun budak-budak sekarang kena jaga, batas dia dan sebagainya. Tapi apapun saya tak akan benarkan lagi.

“Dia tak ada bagitahu saya, sebab dia macam malu-malu. Tapi yang bongsu (Wara) tu dia okay sahaja. Dia Mua Bellaz kedua,” katanya.

Di soal mengenai pendapatnya mengenai tidak mahu anak bekerja di usia muda, ibu anak empat itu berkata, dia mahu anak-anaknya menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa sebarang tekanan.

“Macam anak-anak saya, saya biarkan sahaja kalau mereka nak bermain di bendang dan sebagainya.

“Saya bagi mereka explore apa sahaja asalkan tidak membahayakan diri sendiri,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mua Bellaz mengakui tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat. Bagaimanapun, dia tetap terbuka menerima rezeki jika dikurniakan untuk hamil lagi.

“Mana ada, mengarut je. Tapi kalau ada alhamdulillah. Insyaa-Allah kalau ada rezeki tu ada lah… tak tutup kilang,” katanya lagi.

Mua Bellaz berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran eksklusif ‘New Chapter’ oleh Mua Bellaz bagi memperkenalkan siri terbaharu Bellaz Signature yang di adakan di The Agam, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas mengenai Bella Signature dari Perfume Paradise pula, tiga wangian eksklusif ditampilkan hasil kolaborasi bersama duta jenamanya, Mua Bellaz.

Koleksi baharu itu memperkenalkan tiga haruman unik iaitu Vanille Veil, Violet Haze dan Velvet Skin, yang dibangunkan dengan identiti tersendiri bagi menawarkan pengalaman wangian berbeza kepada pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah, Bella Signature, adalah inspirasi di sebalik penghasilan Bella Signature berdasarkan daripada personaliti dan pengaruh Mua Bellaz yang dianggap sebagai ikon dalam kalangan peminatnya.

“Kami mahu menghasilkan sesuatu yang unik dan berbeza daripada wangian-wangian sebelum ini, sekali gus mencerminkan keperibadian Mua Bellaz.

“Untuk Bella Signature ini kami menghasilkan wangian yang benar-benar eksklusif dan tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana haruman lain di pasaran. Profil haruman dan hala tuju setiap wangian dibangunkan khas bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna.

“Setiap wangian mempunyai karakter dan profil haruman yang berbeza. Malah, salah satu daripadanya iaitu Velvet Skin memperkenalkan kategori Skin Scent yang pertama kali dihasilkan oleh Perfume Paradise,” katanya yang juga sudah 11 tahun bekerjasama dengan Bellaz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Feb 2026

TJ Tekad Cipta Nama Dalam Lakonan, Bawa Misi Perangi Buli Melalui Seni Pertahanan Diri

Pernah menjadi mangsa buli di bangku sekolah, TJ mahu mencipta nama dalam bidang lakonan.

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung

Events Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Tue, 20 Feb 2018

#KitaOK HARITH ISKANDER BIKIN GEMPAK?

Dengan idea baru sebagai pelawak stand-up comedy yang berjaya di pentas dunia, Harith kini akan kembali dengan tour nya tersendiri!

familuv Mon, 12 Sep 2022
Featured Fri, 2 Jul 2021

MEF Usulkan Beri Moratorium Automatik Tanpa Perlu Permohonan

Cadangan untuk menjadikan moratorium pinjaman secara automatik dan bukannya melalui permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negera telah diusulkan oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Menurut Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata tidak sepatutnya […]

Featured Wed, 25 Aug 2021
Featured Mon, 20 Apr 2026

Tiada Tekanan Soal Jodoh, Daiyan Trisha Tak Letak Syarat Pada Lelaki Idaman – “Itu Semua Rahsia Allah”

Daiyan Trisha mengaku dia sama sekali tidak tertekan apabila diajukan soalan mengenai jodoh meskipun sibuk dengan kariernya.

error: Content is protected !!