Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 20, 2018 @ 9:24am

#KitaOK HARITH ISKANDER BIKIN GEMPAK?

Harith Iskander bukanlah satu nama baru dalam dunia stand-up comedy. Berkecimpung dalam dunia ini lebih dari 25 tahun maka tidak hairanlah, jika namanya itu sudah melakar sejarah di pentas dunia menerusi lawak dan telatahnya sehingga dinobatkan sebagai juara pertandingan Laugh Factory  “Funniest Person In The World 2016” yang berlangsung di Helsinki, Finland.

Dengan idea baru sebagai pelawak stand-up comedy yang berjaya di pentas dunia, Harith kini tampil dengan tour nya tersendiri.

Pelancaran hashtag #KitaOK Live Comedy Tour ini akan berlangsung pada 24 Februari ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Diikuti dengan pertunjukkan yang akan berlangsung pada Mac bertempat di Johor Bahru, Melaka, Penang, Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan.

Menerusi laman web rasmi Harith Iskander, konsep pertunjukkan stand up comedy #KitaOK Live Comedy Tour ini akan lebih menyentuh tentang keakraban dan keutuhan kita sebagai rakyat Malaysia. Sekaligus, memberi impak kepada masyarakat tentang konsep dalam menyatukan semua bangsa di negara ini. 

Dengan gaya komedi melalui pemerhatian dan pengalaman beliau, Harith Iskander pastinya akan menyajikan penonton dengan lawak yang cukup bersahaja namun mempunyai makna yang cukup mendalam.

Jadi, kepada semua penggemar stand-up komedi dan peminat Harith Iskander sendiri, korang boleh lah dapatkan tiket di laman rasmi milik Harith!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 May 2022

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Netizen memang ikut sedap mulut ja kan nak cakap 😑

Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Adriana Adnan Hanya Mahu Kongsi Pengalaman Sebagai Pelanggan Pasar Malam, Bukan Perlekeh Peniaga

Adriana Adnan hanya mahu berkongsi pengalaman sebagai pelanggan dan bukan untuk memperlekeh peniaga.

Featured Thu, 14 Dec 2023
Featured Sat, 1 Nov 2025
Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Kenapa Orang Rasa Mereka Yang ‘Free Hair’ Ni Banyak Dosa?” – Thalita Anak Shuib Minta Netizen Tegur Cara Baik

Thalita anak Shuib persoal segelintir pemikiran individu dakwa wanita free hair banyak dosa

error: Content is protected !!