Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 1:06pm

“Mereka Akhirnya Berani Bercerita” – Beto Kusyairy Harap Isu Gangguan S*ksual Tidak Lagi Jadi Tabu

Pelakon Beto Kusyairy mendedahkan ada segelintir mangsa gangguan seksual berani tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui selepas menonton karya lakonannya.

Kini meledak dengan drama bersiri premium Good Boys Go To Heaven, Beto mendedahkan sepanjang karya itu ditayangkan, dia menerima pelbagai mesej peribadi di Instagram daripada penonton yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama seperti dipaparkan dalam naskhah tersebut.

“Pada awalnya saya fikir ramai hanya membuat teori dan cuba menjadi detektif. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya mula membaca komen dan mesej peribadi daripada mereka yang terbuka untuk berkongsi kisah masing-masing.

“Ada yang mengaku pernah melalui pengalaman serupa seperti apa yang ditonton dalam drama ini. Sekurang-kurangnya media sosial menjadi ruang untuk mereka meluahkan apa yang selama ini dipendam,” katanya.

Beto berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan khas drama bersiri itu di TGV 1 Utama, baru-baru ini.

Hero filem Gayong 2 ini turut berharap drama lakonannya mampu membuka mata masyarakat, khususnya ibu bapa, mengenai jenayah gangguan seksual dan penderaan yang melibatkan kanak-kanak.

“Saya berharap isu seperti ini tidak lagi dianggap tabu. Kalau dahulu ramai yang malu untuk bersuara, terutama kerana memikirkan soal maruah dan nama baik keluarga, tetapi sekarang masyarakat sudah semakin berani untuk mendapatkan keadilan.

“Kesedaran itu semakin meningkat dan saya harap lebih ramai ibu bapa peka terhadap perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Beto menegaskan watak-watak yang dipaparkan dalam Good Boys Go To Heaven bukan sekadar fiksyen semata-mata, sebaliknya menggambarkan realiti yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, namun sering tersembunyi di sebalik kehidupan seharian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Oct 2025

Linda Hashim Rimas, Penyondol Beri ‘Warning’ Jangan Ganggu Beego – “Mereka Boleh Buat Suka Hati, Tapi Jangan Ganggu Saya!”

Kata Linda, dia telah didatangi seorang wanita didakwa kekasih suaminya yang mendesak untuk mereka segera berpisah.

Featured Thu, 31 Jul 2025

Apa Cerita Podcast Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Apa Cerita Podcastjanji tampil dengan content memberi inspirasi.

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Erma Fatima Enggan Membazir Lagi

Erma Fatima enggan membazir apa untuk azam tahun baru 2018 kali ini

Trending Fri, 16 May 2025
Hiburan Sat, 31 May 2025
Events Wed, 12 Dec 2018

Check Out What Went Down Over the First Week of Heineken Live Your Music!

Don’t miss out on this week’s events either.

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Elizabeth Tan Alami Pendarahan Hidung 4 Jam Tanpa Henti Gara-Gara…

Uish lama tu sampai 4 jam! Kalau min dah panic dah 😰

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
error: Content is protected !!