Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 7:42pm

Menanti Hari… Fattah Amin, Amira Othman Bersedia Sambut Cahaya Mata, Barang Bayi Dah Siap Dalam Kereta!

Pelakon popular, Fattah Amin berkongsi segala persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata bersama isteri, Amira Othman, kini sudah lengkap dan mereka hanya menunggu detik untuk ke hospital.

Menurut Fattah, berkata keperluan bayi serta barangan untuk isterinya sudah disediakan lebih awal bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap. Barang-barang untuk bayi dan juga keperluan isteri semuanya sudah tersedia.

“Malah, semuanya sudah dimasukkan ke dalam kereta. Sekarang kami cuma tunggu masa untuk membawanya ke hospital,” katanya kepada XTRA.

Fattah berkongsi perkara terbabit ketika ditemui pada acara All Star Picklebash 2.0 anjuran UTV di Bukit Kiara, baru-baru ini.

@xtra_my Allstars Picklebash 2.0 panaskan gelanggang! Barisan selebriti popular, Nora Danish, Fattah Amin, Elfira Loy, Ajai, Liyana Jasmay & ramai lagi memeriahkan edisi kedua acara yang menggabungkan perlawanan pickleball antara selebriti & media anjuran Datuk Adzliana Hasan, Presiden UTV. Di acara sama, 'Dink I Love You' karya terbaharu bertemakan sukan pickleball lakonan Anna Jobling, Arfie Shah & Aedy Ashraf turut dilancarkan secara rasmi. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Dalam masa sama, Fattah berkata dia kini lebih berhati-hati dalam menerima tawaran kerja dan memilih untuk tidak terlibat dengan penggambaran yang memerlukan dirinya berada jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor.

“Buat masa ini, saya memang tidak menerima tawaran yang memerlukan saya keluar dari Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kalau ada pun projek bulan depan, semuanya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Bulan ini memang tiada kerja luar sebab kami sedang fokus membuat persiapan untuk ke hospital,” katanya.

Menurut Fattah, Amira dijangka melahirkan cahaya mata mereka di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai jantina bayi, pelakon berusia 36 tahun itu mengesahkan mereka sudah mengetahui perkara tersebut, namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

“Kami berdua sudah tahu jantina bayi, tetapi rasanya lebih baik untuk diumumkan selepas bayi selamat dilahirkan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah turut memohon doa daripada semua agar segala urusan kelahiran dipermudahkan.

“Mohon doakan yang baik-baik buat kami supaya proses bersalin nanti berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Apr 2026

Beto Kusyairy Segan Jadi Inspirasi Pelakon Baharu – “Saya Juga Masih Mencari Ilmu Sama Seperti Mereka”

Beto Kusyairy mengakui berasa sedikit segan apabila namanya dipetik antara pelakon yang dijadikan inspirasikan selain menjadi idola para pelakon baharu tanah air.

Featured Mon, 4 Oct 2021

“Ketahuilah Ia Kerosakan Yang Besar..”- Hantaran Sahabat Baik Ebit Lew Curi Perhatian Warganet

Kontroversi yang melanda pendakwah Ustaz Ebit Lew (UEL) semakin hangat apabila pendakwah terkenal itu bersama isterinya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis minggu lalu. Baru-baru ini, pendakwah Firdaus Wong pula tampil membuat laporan polis […]

Trending Mon, 24 May 2021

Tengku Hassanal Sumbang Elaun DiRaja Selama 3 Bulan Buat Rakyat Palestin

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak???

Featured Wed, 13 Nov 2024

Tak Alami Alahan Teruk, Maryam Durian Kimchi Suka Makan Nasi Kandar – “Sebelum Ni Saya Tak Suka Makan Kari”

Sepanjang kehamilannya ini, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sebaliknya gemar makan nasi kandar dan nasi kukus.

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Takziah…Zila JohaRockstar Meninggal Dunia

Zila yang juga merupakan bekas peserta Seiras Seirama  telah meninggal dunia akibat sakit jantung

error: Content is protected !!